Wednesday, September 21, 2011

Tips untuk pemandu cool.

Tak retis betul lama tak update blog. Tak lawak ni serious.

Orang orang saya semua ape khabar? Sekarang otak makin benak takde isu semasa nak bagitau. Tapi semalam since jadi driver Acik, hanta dea pegi KTM Kajang since dea nak balik Putrajaya, tibe tibe dapat satu idea nak menulis. Sebenarnye lebih kepada tips. Sebelum proceed kepada tips kite tu, kite sembang sembang dulu lah.

Perasan tak kalau kite bawak kereta kancil, mesti dipandang hina dan enteng oleh kereta kereta gah yang lain. Seolah kalau kereta kereta boleh berbicara, mungkin Kancil akan selalu di herdik nak nak kalau sesi memandu mencelah celah di celah kereta besar pasti tidak diberi peluang untuk mencelah. Pasti di buat bodoh, dan pasti di hina (hon). Tak cool la pemandu kereta mewah ni.

Kalau saya salah tolong jolokkan.

Dan bile kite menghadapi traffic jam yang maha dasyat, jangan la tension dan asyik nak marah marah macam sesetengah kawan saya yang suke marahkan jam. Kesian jam. Bukan jam tangan la, jam la, jem. Kesesakan lalu lintas. Ambik. Tips saya yang cool ni ialah, bukak lagu kuat kuat dan menari sambil angguk angguk kepala dekat kereta sebelah.

Kbye.