Tuesday, October 11, 2011

Maaf dari lubuk hati.

Okay hai everybody. EVERYBODY. Let me make things clear between me and those people yang telah salah faham terhadap fungsi blog aku ini dan semua isi kandungannye.

Kepada follower entry aku dari first time wujudnye blog ini hingga kini akan faham perangai aku dalam menulis entry dan semua isi kandungannye. Mungkin aku sendiri yang salah sangka, tapi instinct aku, perasaan aku tak pernah salah. Aku pernah cakap benda ni kat kawan aku, kalau aku terasa sesuatu dalam hati, kadang kadang perasaan tu betul. Contoh, 'Aku rase, assignment tangguh lagi seminggu', kawan menafikannye dan cakap aku memandai mandai, esoknye, memang betul assignment hanta lagi seminggu. Bukan sekali benda ni jadi, tapi banyak kali. Kau seram? Tak jangan risau, aku tak pakai celak tebal 8 inci untuk menakutkan orang. Jadi kali ini, AKU RASE ade orang telah salah faham dengan entry aku sebelum ini.

Aku tau kau tak faham. Oke, entry entry aku semua, tak pernah libatkan orang lain. Maksud aku, kalau aku berkawan dengan Pika, contoh, dan Pika tak puas hati dengan kawan dea Umairah, aku tak akan tulis entry pasal Umairah. Sebab aku takde kena mengena dengan Umairah. Mungkin aku BFF Pika, tapi itu tak membuatkan aku ade hak untuk mencaci maki Umairah dalam blog aku. Sungguh tak masuk akal dan sungguh tidak matang nye aku jika aku berbuat begitu. Faham tak? Oke contoh lain, aku bercinta dengan Meor, mungkin Meor ade cerita lame yang mungkin dea cerita kat aku dan aku tau SEMUA cerita dea. TAPI, aku tidak akan sekali kali menulis perihal hidup dea dalam blog aku. Kau faham sekarang?

Entry entry aku dari dulu sampai sekarang, semua melibatkan aku dalam cerita cerita tu semua. Life aku, kehidupan aku dari aku umur 19 tahun hingga 21 tahun semua dalam blog ni. Kalau aku cakap kehidupan aku, maknanye semua cerita pasal aku, family, kawan kawan, ex kekasih paling disayangi, dan binatang peliharaan. Mungkin sebab kadang kadang, bile aku tak puas hati dengan care aku sendiri, dengan kehidupan sekeliling aku untuk satu tempoh mase tertentu, telah membuatkan orang salah faham yang entry tersebut telah ditujukan untuk dea, tapi sebenarnye TIDAK same sekali. Ingat semua pembaca, AKU TAK PERNAH LIBATKAN KORANG SEMUA DALAM ENTRY ENTRY AKU. Semua entry aku hanyalah untuk diri aku sendiri, yang aku cuba sampaikan untuk orang lain ambil iktibar terhadap ape yang telah terjadi terhadap diri ini supaya korang semua tak jadi macam aku. Okay?

Harap semua clear.

Aku mintak maaf kalau telah terbuat orang kecil hati dengan entry aku. Mungkin harus perbetulkan lagi gaye penulisan yang langsung tak A.Samad Said.

Kkbye.

p/s: Tu lah orang cakap, nak tulis blog kena hati hati. Takut orang salah faham. Hmm baru ngerti. T__T