Sunday, December 18, 2011

About myokymia



Masuk harini, dah 5 hari mengadu kat Mak mate bawah belah kiri bergerak gerak yang bukan bergerak biase biase macam 5 minit bergerak lepas tu dah senyap tak bergerak gerak dah. Ni gerak gerak dea tu kejap benti lepas 5 minit, sambung lagi gerak gerak. Rimas dibuatnye, takut pon ade, risau ade penyakit mate pon ade.

Maka, untuk tidak membuang mase, diri ini pun carik jalan penyelesaiannya dengan meng-google masalah ini. Banyak jugak komen komen yang boleh diri ini dapat, tapi of course la komen komen seperti akan menghadapi berita sedih, akan menangis dan sebagainya. Memang bulan ni telah berhadapan dengan 2 situasi sedih, kan orang cakap, kalau belah kiri bergerak keluarga belah Mak akan meninggal. Tu satu sebab. Satu sebab lagi seperti yang di beritahu tadi, akan menangis. Memang haritu ade kematian dari keluarga belah Mak dan menangis. Tapi Mak cakap jangan percaye benda benda tahyul dan karut macam tu.

Maka, diri ini abaikan jawapan yang karut tu, dan beralih kepada jawapan lebih saintifik. Dapat lah diri ini jawapan yang lebih saintifik yang berbunyi begini:

"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah. Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini."


Ya, mungkin harus do something about the problem seperti tidur 16 jam dan sentiasa baca komik favorite (Detective Conan) untuk menghindari perkara perkara yang disebut. Get the point friends? 

Kalau stress dan rase resah dan sedih dan rase tak sedap dalam badan, kite bace,



Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

InsyaAllah akan berasa tenang. (Kakak bagi nasihat)

P/s: Jage kesihatan kawan kawan. Pis.

More about myokymia, http://en.wikipedia.org/wiki/Myokymia

Kkbye.