Thursday, December 6, 2012

Last dari 2012.

Mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2012 yang indah ini. Mungkin ye. Hikhik.

2012 sungguh mendewasakan diri ini dengan bersifat lebih matang dan kurangkan penggunaan Facebook sebagai medium untuk beremosi dan meluahkan isi hati. Cume luahkan melalui lagu yang sentiasa di post je -_-

Memang cukup menerujakan dan memang banyak sangat perkara perkara yang berlaku di tahun ini yang kalau buat diari boleh habis satu buku. Lepas tu aku punye penulisan pon dah macam budak bukan 22 tahun. Ceewaaahh nak cakap la diri ini dah 22 tahun. Piiwwiitt 22 babe. Dulu 17 kot. -_-

2012 tahun aku habis belajar, memasuki alam pekerjaan yang mencabar, bergraduasi, melalui sesi sesi (menunjukkan banyak gile interview aku pegi) interview yang memberi pengalaman cukup besar buat diri ini, berkerja di office yang buat diri ini belajar membezakan dan mengenal macam mane nak adapt kan diri dalam dunia korporat, meeting, deadline dan sebagainya. Cukup mencabar ye kawan kawan. Tak lupe kadang kadang kena jadi tea lady -_- Sebab buat coffee sedap. Ceh!

Pehhhtuu ade meja sendiri.


Hikhik kantoi nampak diri ini sedang mengambil gambar. Hikhik aluuu.

Bulan November pulak bulan paling best sebab my favorite cousin engage dengan orang Taiping keeyyy. Hu! Best ade bakal sedara same kampung. Anyway congrats Aina! Lambat post pasal engagement Aina ni sebab busy kerja 7 hari seminggu. Ye 7 hari seminggu. K yang tu cite lain.


Aina is my favorite cousin, actually anak sepupu macam mane tah nak describe, ayah Aina anak sedara Mak, so diri ini ialah makcik beliau. Tapi kami same umur. And Aina sepupu yang cool, sebab menyembunyikan perbuatan ke konsert daripada pengetahuan Mak. HAHA! 

Lepas tu ade lagi sebab kenape bulan November best, tapi lupe lah. Oh haa sebab bulan November kite masuk 22. Hikhik. Bukan 20 bukan 17. Dulu mase sekolah orang tanye nak kahwin umur berape, kite cakap 22. Tapi sekarang tak rase nak kawwiiinnn pooooonnnn. -_- Hikhik. Leks lu k. Dah sampai mase ade asset sendiri ade kereta dah pandai masak Nasik Ayam baru kahwin. Sebab kekasih suke makan Nasik Ayam. Eleehh tu pun nak cite. BUUUUU. 

Tapi jangan lupe daftar mengundi ye kawan kawan yang dah cukup umur tu. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Hihihihi.

Anyway pasal isu Save Gaza, kat Facebook contohnye, gambar Save Gaza, update status 'McD bersama kawan kawan'. Isu boikot terlalu luas so malas nak berdiskusi pasal tu. Tapi sikit usaha dan tak menyumbang ke Israel boleh buat diorang rugi bile rugi ape jadi? Dah besar kan? Marilah memikirkannya bersama.

Oke bye semua.

Tuesday, October 16, 2012

Song for lovebirds.

Tipu lah kalau sedang sedih takde lagu untuk ditemani.

Remaja yang nampak riang ria dan sosial pun kalau sedang bersedih akan pergi ke karaoke karaoke murah sekitar bandaraya, atau remaja sihat akan lebih melakukan aktiviti aktiviti sukan yang ekstrem seperti berakit di sungai sungai yang deras seperi di Sungai Sedim (amboii nampak sangat Google) atau kalau remaja kurang sihat akan ke club club tempatan untuk menghiburkan diri dengan jejaka atau gadis gadis bukan warganegara.

Over sangat cara hilang sedih tu.

Jadi dalam playlist handphone, mp4, mp3 masing masing mesti ade beberape buah lagu lagu sedih yang disorokkan dalam folder lain di beri name 'Lagu-lagu Mak Saya' agar tidak diketahui rakan taulan dan rakan taulan tidak akan membukanya kecuali rakan taulan yang memang dengar lagu Mak Saya. Faham ke tak faham?


SILVERSTEIN FT LIGHTS- THE END

Ini adelah antara salah satu koleksi lagu sedih yang di dengar apabila sedang bersedih. Tapi sebenarnye walaupun tak sedih tetap dengar sebab syok angat.

In my opinion, it's about this two love birds, deeply in love with each other. Tapi tak tunjuk. Probably sebab diorang tak percaya kan satu sama lain. Masing masing ingat diorang tak cinta antara satu sama lain.

Jadi si lelaki yang ragu ragu kan kesetiaan perempuan ni bakar rumah diorang sekali dengan perempuan ni. Oleh kerana perasaan cinta dan sayang kat perempuan ni, laki tu pun tak boleh nak hidup sorang tanpa perempuan ni, dea ikut bunuh diri dalam marak api tu. In the end dua dua mati yang kononnya akan hidup bahagia di rahmatullah.

Tapi bunuh diri dan bunuh orang satu dosa besar. Jadi jangan ikut ye adik adik semua.

Kenape lagu ni best dan sesuai dengar ketika sedih? Dengar la sendiri, tu dah siap dengan lirik untuk sing along.

Have a nice day adik adik!

Kbye.

Friday, October 12, 2012

Its not awesome dude

Dah tiada humor dan susah sangat nak menulis. Dah tiada traffic.
So dah tak perlu disini lagi.

Atau

Dapat kerja kerani di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru merupakan takdir dan rezeki? RahsiaNya hanya Dia yang tahu.

Mudah mudahan di permudahkan.
 

Monday, September 3, 2012

Penganggur 2012.

Selamat hari raya hadirin dan hadirat sekali. Takpo, rayo sebulan.

Apo kobar kalian semuo? Rayo acamano? Ewah menjak dapat abang ipar orang nogori terus nak cakap nogori. Poyo sangat kau Amie. Oke baiklah.

Dah dekat seminggu dah diri ini menjadi penganggur, dan bermacam macam hal jugak yang perlu di setelkan di rumah semenjak tidak bekerja ni. Macam 3 hari lepas baru selesai majlis nikah kakak dan semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Kakak nampak tepung gomak sangat malam tu.


KAHKAHKAHAHKAHAK!

Setel majlis kakak, keesokkan nye sibuk bawak Pika and Acik jalan jalan JB. Mujur ade kawan kawan yang baik hati yang sanggup bawakkan jalankan. Hihihi. Lepas tu terpening terkepala termabuk terkereta hihihihik, balik terus tidur tanpa hiraukan bilik 'bujang' ini,


Memang bujang terlajak sangat bilik ni. Batuk kering melihatnya. Esok nye tak kemas lagi sebab sibuk menolong ibu di dapur. Ihik ihik. Rajin sangat anak ibu. Ihik ihik. *sebab kakak dengan abang ipor katenyer nak kemaghi, tapi malam baghu baliknyee. Sedih sangat kena tipu.

Makanya hari ni lah baru mengemaskan kebilikkan sampai kite umumkan sendiri kat Mak bilik nampak macam hotel bajet.





Jadilah dari takde ghuperr. Tinggal lah ber-empat diri ini di rumah bersama Ayahanda, Bonda dan Abang. Dan lepas ini adelah aktiviti mother-daughter di shopping shopping complex berdekatan mahupun kedai kedai runcit berdekatan tak lupe pasar tani.

Tamat sesi perihal penganggur, eh walaubagaimanapun diri ini mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kasut diri ini yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan tidak mensia siakan riwayat hidup beliau kerana telah menemani diri ini ke kelas, ke 3 buah konsert iaitu konsert Paramore, Mtv World Stage dan Avenged Sevenfold, dan menemani diri ini bekerja selama 2 bulan di Marrybrown. Tahiniah kepada diri beliau. Kalau beliau seorang kekasih, pasti diri ini taat setia kepada beliau. Muuahh sekali.


Bye babe. Beliau telah digantikan dengan kekasih baru.


Terima kasih diri ini kerana belanja diri sendiri kasut ini. *tepuk tepuk tepuk tepuk

Ihik ihik ihik.

Baiklah semoga kalian bergembira di luar sane ye. Yang sekolah selamat sekolah, yang ke kolej, selamat ke kelas, yang bakal sambung, selamat menyambung pelajaran, yang nak fly, selamat maju jaya jangan lupa lagu Negaraku ewaahh. Yang bekerja, selamat bekerja, dapat gaji belanja milo ais.

Kbye.









Saturday, July 28, 2012

Cerita rawak bukan lawak

Hello. It's been a long long loooonnnggg time since I last complaining and exaggerating about my work as a cleaner di Meghibeghaun. Well, I kinda like the job now. Teehee. Alah biasalah lah tu. Sudah alah tegar biasa. (tiba tiba)

Anyway, I realize sometimes life is not always end up happy or okay macam cerita fairytale ending bahagia sangat dapat kahwin dengan anak raja walaupun dilahirkan dengan menjadi orang gaji atau duduk di hutan bersama 7 orang kerdil. We may choose our path, but to create our own path is impossible. Boleh ke tulis dekat diari, hari pertama mahu ke pasar membeli udang lalu berlaga bahu dengan lelaki handsome dan berkenalan dan rupa rupanya lelaki handsome adalah anak raja. Lantas kami berkahwin bertemakan fairytale sambil memasang lagu Taylor Swift-Fairytale. Boleh?

Bercakap mengenai laluan hidup, bukan parti laluan kiri ye adik adik, I had to choose between work and study. Whether keep on searching and looking for a better job, or furthering my study. Oke malas fikir dan cakap lagi. Nanti gembar gembur tak jadi. When the time is come, you will be the first to know. Ecewwaah cakap macam ada fan page Amie Hamidi. Pigiidaah.

Oh lupa perihal entry kali ini adalah cerita random yang ada dalam kepala senjak (nama pendek untuk semenjak) dah lama tak berentry baru kerana kesibukan kerja macam last entry cakap pasal tak suka kerja Meghibeghaun last last sekarang dah seminggu puasa. Kan? Macam takde kena mengena kan tak suka kerja dengan puasa. Oke lantak situ. Lepastu kite janji dengan kekasih raya tahun ni taknak beli baju kurung so okay janji ditepati. Salam 1 Malaysia.

Bye.

p/s:I just want to have a good and nice sleep alone without kakak being nosy around always asking me to play baby baby so annoying! because besok KEROJE! Arghh. Stress sangat. Bye.


Saturday, June 23, 2012

Kerja merungut.

Dulu mase aku sekolah menengah, aku selalu pelik kenapa budak budak lepasan Diploma dan Degree merungut takde kerja. Padahal aku rase belambak lambak keje kat Malaysia ni yang diorang boleh buat. Lepas tu mulalah pemikiran jahat aku datang yang macam fikir diorang tu memilih kerja dan sebenarnye malas.

Lepas habis SPM tahun 2007 dulu, aku mula bekerja, kerja pasaraya, kerja buruh 8 jam rehat sejam so total jam aku kat pasaraya tu berkerja ialah 9 jam. Mase tu kerja seronok sangat, pergi kerja enjoy. Balik untuk tido je. Gaji tak pernah cecah 600 pun. Mase tu rase bersyukur je dengan gaji macam tu. Sebab ye lah, baru habis sekolah. Tahap demand dalam diri belom menonjol lagi.

Tapi sekarang, banyak sangat benda yang aku nak rungutkan. Mase belajar dulu, aku merungut sebab aku tak buat lesen lagi sebelum masuk belaja. Lepas tu aku merungut bile nak habis belaja. Bile dah habis belaja, aku merungut takde kerja. Bile dah dapat kerja, aku merungut kerja tu tak best dan aku reject tawaran kerja tu. Lepas dah reject kerja, aku merungut kenapa aku reject kerja tu. Dan sekarang aku dapat kerja Marrybrown, aku merungut bile transkrip exam nak keluar aku nak mintak kerja yang sedap sikit.

Bile kau ade Diploma, dan kau dapat kerja kerja yang tak sedap macam tu, aku yakin dan pasti kau akan merungut. Baru aku faham kenapa budak budak Diploma dan Degree yang tak kerja tu merungut. Kerja aku kat MB tu macam kerja cleaner. Hari hari kena berdepan dengan customer ambik order hanta order, sapu lantai, mop lantai, basuh pinggan, cuci tingkap, orang tengok aku macam budak tak berpelajaran yang mase sekolah taknak belajar rajin rajin. Bile kena 'suruh suruh' dengan manager dengan budak budak dah lame keje kat situ macam terlalu mencabar sangat.

Kau faham tak perasaan ni?

Ke aku yang tak cool?

Doakan aku dapat kerja sedap sedap please. T_T

Tenkiu.

Bye.

Saturday, June 16, 2012

P and V

Sedang Emak, Ayah dan Kakak menonton bola sambil terjerit jerit, aku dalam bilik macam biasa takde benda lain berfaedah yang boleh dibuat selain online sambil ber-Eyes Set to Kill dengan lagu mereka Reach satu kali.

Kadang kadang kalau kite bercinta, tak selalunya kite kena nak partner kite ikut karenah dan kehendak kite. Saye belaja benda ni dari kekasih beberapa hari lepas. Lelaki ade ego mereka yang tersendiri, perempuan pon ade ego mereka yang tersendiri. Kalau awak nak hubungan yang baik, awak kena bertolak ansur sesama sendiri. Macam Mak dengan Ayah, kalau Mak nak tengok Marlin, Ayah kena bagi masa Marlin yang Mak nak tu, tak lame, sejam je. Kecuali kalau ade Marlin marathon, mungkin Ayah sedih. HAHA. Oke then kalau Ayah nak tengok movie dari pukul 8 malam sampai 4 pagi, oke takpe, Mak bagi, tapi dengan syarat lampu kena tutup. Oke tu contoh tolak ansur paling best yang aku dapat bagi.

Kalau waktu bercinta awak tak boleh nak bertolak ansur, macam mane kalau dah dapat anak pertama nanti? Kembar pulak tu? Macam tadi, saye tanye Kakak, dea cakap kalau malam malam anak menangis, dea nak mengarah laki dea je tolong jage baby tu sebab alasan dea, dea dah 9 bulan jage baby tu dalam perut. Pastu lepas seminggu laki mintak cerai. Kahkah sedih sangat.

Sekarang saye dan kekasih tengah berusaha untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perempuan tak boleh jadi macam lelaki walau macam mane ego pon dea. And lelaki tak boleh jadi macam perempuan walau macam mane hati lembut pon dea. Itu pada fendapat aku lah. Contoh, setelah survey dilakukan, kebanyakkan perempuan akan masih tetap bermesej dengan kekasih mereka walaupun mereka tengah ber-karaoke dan berjimba bersama girlfriends dea berbanding lelaki. Dan lelaki tak boleh mesej 24 jam dan mengkontrol setiap pergerakan aweks dea kerana akan dipandang hina oleh kawan kawan perempuan awek dea. Percayalah. *angguk sambil kelip mata dan bermuka serious*

Dan setelah bergayut di telefon dengan Slay beberapa hari lalu, aku dapat tau, perempuan akan curang kalau boyfriend dea tidak memberi sepenuh perhatian kat dea, tiada masa depan tetap (loser), atau tiada kerjaya yang menjamin mase depan atau mase mase bersama. Thanks Slay ye. Dan lelaki curang? Tepuk dada tanya selera.

Oke bye.

Monday, June 11, 2012

Mohon pencerahan

There's so many thing running on my mind lately.

Few days back, Pika said something terrible that made me cry. I cry so bad. Pika is not well. She's sick. It's been a week already. I cried because I can't be there for her. Dan dea cakap mengarut ngarut sangat sampai buat aku terpikir kalau benda tu betul. And kalau betul sape nak ade untuk aku time susah senang aku, maksud aku, sape nak ade dengar semua ape yang aku bebelkan. Tulis ni pon dah rase nak menangis. Oke dah. Tu satu hal.

Another thing is, tomorrow is my first day working as a crew in McDonald. What about it is, I don't feel happy dan teruja. Takde perasaan tak sabar sabar. Adekah tak enjoy nanti? Adekah saye akan dibuli oleh kakak manager? Atau kena deal dengan pelanggan yang banyak songeh? Atau kena marah dengan abang pemandu bas garang? Macam macam fikir. Especially about salary. Is it worth the working? Or kena work real hard, untuk dapat gaji yang berbaloi? Memang la orang cakap, kau nak gaji sedap, kena la kerja kuat. Tapi kalau kerja kuat gaji tak sedap? Tak sedih?

So, ape yang saye fikirkan buat mase ini, saye akan berkerja sebulan sahaja dan akan mencari kerja lain yang lebih berbaloi. *senyum

Another thing yang lain pula, lately ni, kekasih and I selalu tak bersependapat. I know why. But I just hope everything went well lah in the end ye. Segan sembang ni. Kite masuk bab lain pulak.

Bab lain nye ialah bab lepas ni aku kena pergi mandi dan menonton televisyen.

Selamat masuk sekolah budak sekolah semua ye :) Kalau aku dulu, mesti excited nak pergi sekolah lepas habis cuti sekolah.

Oke bye.

Monday, June 4, 2012

Susu sebelanga yang rosak.

Kadang kadang benda benda kecik seperti awak komen status kawan awak, dan komen awak tak dilayan sangat lah membuatkan awak berfikir macam macam. Contohnya membuatkan awak melabel kawan awak seperti, sombong ah kau ni, blah la, macam la best sangat kau tu. Haa tapi sebenarnye pada hari itu kawan awak sangat la malas nak membalas komen, cume sekadar mahu membuat status dan tidak mahu membalas komen kerana mungkin keadaan tidak mengizinkan dan sebagainya.

Oke intro bosan. Buuuu.

Saye terpaham sesuatu ketika saye tak boleh tido 10 minit yang lepas. Benda benda pincang yang pernah jadi suatu ketika dulu banyak memberi pengajaran dan iktibar.

Kadang kadang kite tak sedar yang benda benda kecik berlaku sekitar kite boleh jadi sesuatu yang besar dan berharga. Tapi kite tak pernah hargai benda kecik tu. Dan kite jarang memikirkannya. Contoh,

Situasi 1: Kite marah dekat kawan kite sebab kawan kite bagitau boyfriend kite yang kite curang. Akhirnya kite putus kawan dengan kawan kite tu.

Situasi 2: Kite telah pun berkawan baik dengan budak A yang dulu kite pernah tak suke selepas budak B yang berkawan dengan budak A bagitau yang kite tak suke kat dea. Maka kite melupakan usaha budak B.

Situasi 3: Kite marah kawan kite yang mengadu kat polis yang kite pernah jual dadah, dan kite mendapat hukuman. Selepas mendapat hukuman kite cuci tangan dari jual dadah.

Berdasarkan situasi situasi yang di beri di atas (tudiaa ringkasan paper Bahasa Melayu SPM 2007), so faham tak ape benda benda kecik tu? Effort atau melayunya kesungguhan orang lain yang nak cuba memperbaiki sikap kita. Memang kite marah sangat dekat budak yang suke mengadu ni, kite kutuk caci hina   dea. Tapi kite tak pernah terfikir sebab dea, benda baik dah berlaku kat kite.

Contoh situasi 1, benda baik nye akhirnye dea dan kekasih dea membuat diskusi bersama atas sebab ape kite curang dengan die. Kite perbaiki dan mereka telah menjadi pasangan kekasih yang setia. Situasi 2, kite telah menjadi orang yang tidak sewenang wenangnye menilai orang lain berdasarkan ekspresi muke dea. Situasi 3 kite menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

ATAS HASIL USAHA BUDAK YANG MENGADU TU.

So kadang kadang dalam sesuatu benda yang bahagia dan gembira, kite kena fikir untuk siape kite perlu berterima kasih. Kadang benda yang buruk sebenarnye berniat baik. Contoh kucing yang bermuke hodoh dan berkurap, ingin dibelai manja dan dimandikan.

Oke, bye.

Ku sangkakan hujan berpanjangan.

Setelah mendengar sesuatu yang mencurigakan di belakang rumah sejam yang lepas, diri ini terus mendapat ilham berblog di dalam gelap (iaitu sejam yang lepas). Ye, saye sedang menulis di dalam gelap (sejam yang lepas). Believe it or not? Awak harus believe it ketika sejam yang lepas.

Setelah hampir seminggu habis belaja dan melengkor dirumah, saye rase sangat bosan sekali. Maka selalu saje Emak kehabisan tepung di rumah dan mengpau kakak sebuah tepung pulut untuk dibuat kuih. Bile bosan telah mengganda ganda sebab kalau kat rumah sewa, kalau bosan mesti ade aktiviti dengan rakan di rumah seperti aktiviti gotong royong bersama orang orang kampung, aktiviti membersihkan kawasan sekitar masjid dan sebagainya, kini di rumah tidak lagi.

 Nak keluar bersama teman teman di sini, macam susah sekali kerana kalau nak keluar harus keluar bersama geng super five (baru reka nama geng 2 saat lepas), dan kalau nak keluar dengan geng super five kena set appointment dulu sebab masing masing sudah bekerjaya.

Bile perkara perkara seperti membaca komik, tidur sampai tengah hari, bergomol dengan kucing, dan melengkor telah bosan dilakukan, maka diri ini telah mengambil inisiatif mencari kerja. Ye. Saye harus bekerja. Kerana saye cepat bosan duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti yang membawa hasil (duit).

Makanya, tadi pergi Giant (tanpa mandi seharian) beli waffle dan cool blog, tibe tibe rase macam nak try carik keje lah. Ingat nak kerja kaunter Air Asia, mane lah tau tibe tibe boss telepon ajak teman dea pergi Jakarta, tapi kaunter tutup, maka mencari tempat lain yang beraircond, akhirnye terserempak Guardian. Diri ini pun terus la tanye adik sales assistant jika terdapat any kerja kosong. Adik sales assistant pun bagi kite borang, kite pun isi. Kite pun bagi adik sales assistant yang lain. Lepas dea tengok kite baru habis buat Diploma, dea terus macam 'Eh? Ade diploma eh? Boleh apply jadi trainee manager ni. Nak tak? Gaji 1k plus. Nak tak?' Kite pun dengan tak mandi seharian pun angguk angguk je. So kite harap dapat la keje ni dari duduk melengkor je kat rumah.

Dan sementara tunggu nak sambung belaja tahun depan. Dan graduasi bulan 10. Dan raya bulan 7.

Oke kalau dapat keje ni pastu dapat gaji kite belanja diri kite Iphone 4s k? K doakan k? K tengs semua.

Bye.

Saturday, May 19, 2012

Perihal air mata.

Perempuan cepat menangis kalau hati mereka tersentuh. Cewah. Tu baru tersentuh, belom terpijak lagi. Nanti terus nyanyi lagu Hujan-Kau pijak hati ku lagi dalam tandas sambil menangis. Pastu mak datang ketuk pintu suruh potong sayur.

Oke tu satu hal. Lagi satu hal jenis menangis dalam hati, gile facebook, gile share gambar gambar yang sayu sayu yang menggambarkan wanita itu sangat lemah. Jadi lelaki kalau taknak bercinta jangan buat gegurl ni jatuh cinta. Something yang macam tu lah. Aku ni memang malas sikit bace post post share yang tak berpaedah cenggitu. Baik main It Girl pastu share baju baru beli. Lagi nice.
 
Anyway nak buat macam mane. Perempuan memang macam tu. Samade kau dapat girlfren cool ke, jiwang ke, gengster ke, kalau dea sedih, dea nangeh jugak. Lepas tu kalau laki nanges, bukan main lagi pegi share, lelaki menangis untuk perempuan sangat rare. So please sayang lebih. Hohoi tak romantiknya ayat aku, maaf semua, tapi lebih kurang macam gitu la ayat dea. 

No babe, jangan terpedaya dengan lagu janji manis aisyah. Oke takde kene mengena pon. Jangan la percaya sangat. Benda kalau dah sedih, semua orang akan menangis. Air mata memang dijadikan untuk turun kat pipi, dan hati tercipta untuk kite merasa sesuatu. Cewah buat kepala tau. So takde nye kau kena sayang lebih dekat lelaki yang menangis sebab kau. Habis mak kau menangis sebab kau takde pulak kau nak hadiahkan bunga ros merah kat mak kau time valentine's day. Ambuuiii.

Aku pon pernah menangis mase putus cinta dengan kekasih beberapa bulan yang lalu. Menangis teruk depan kakak. Dengar lagu cinta cinta sikit menangis. Pertama kali selama 22 tahun hidup buat perangai tak senonoh macam tu. Lepas 2 hari, rase macam uuurrrggghhh tak cool nye, malu nye dengan kakak, malu nye dengan diri sendiri yang tibe tibe tak kuat macam tu. Sebab mase tu, bekal biskut tiger dah habis. Hm. Alu angat.

Sekarang, tidak lagi babe. InsyaAllah lepas ni harap tak putus cinta lagi la kan. Jodoh rahsia Allah. Oke bye. 

So sekarang, kalau rase rase macam sedih gaduh dengan kekasih, terus dengar lagu lagu yang keras keras, yang bile dengar, darah jadi berderau derau, pastu pasang kuat kat telinga, hati jadi macam bergendang gendang. Pernah tak kalian dengar lagu pastu rase macam tu? Lepas tu terus sedih tu hilang. 

So girls, try la dengar lagu yang ceria ceria yang bersesuaian dengan minat awak. Jangan la sedih, pegi dengar lagu jiwang-lagi-mendayu-dayu tu. Kalau sedih dengar lagu yang buat kaki goyang. Rajin rajin la search lagu. Ambuuii search quote jiwang rajin pulak.

Oke bye.

Ps: Tak lame lagi bakal jadi penganggur. 

Saturday, April 21, 2012

Masa mahu bersendirian.

Me time moment adalah apabila kite mahu masa bersendirian.

Me time moment saye adalah apabila saye mahu berbau wangi sebelum tido tanpa mendengar gosip dan bergaduh bersama kekasih malah bermesej sehingga masing masing mengantuk sambil mendengar lagu lagu syahdu.

Tapi kadang kadang ade sehari dalam seminggu atau dua minggu atau sebulan kite buat something lain dari hari hari lain. Contoh biasenye lepas menjalani rutin harian yang memenatkan seperti pagi ke kelas, petang kerja dan malam stay up buat assignment atau kalau tengah free lepak kedai makan bersama kengkawan, balik rumah, mandi 10 minit, pakai baju, online dan tido.

Tapi haritu kite rase macam nak ber-me-time-moment la. So kite pon tak lepak kedai makan. Kite tak mandi 10 minit, tapi kite mandi 30 minit. Selalu kalau malas, shampoo dengan sabun buat serentak, tapi kali ni kite nak shampoo 5 minit, sabun 5 minit, pakai conditioner 5 minit. Selalu conditioner tak pakai sebab malas nak perap kat rambut 5 minit, tapi kali ni kite rajin nak perap. Perap 10 minit pon takpe. Biase lepas mandi kite pakai bedak, calit rexona, teros tido. Tapi kali ni kite nak pakai losyen, kite nak ber-toner, kite nak ber-pelembap sikit, kite nak ber-pakai-timun-sambil baring (zaman sekarang pakai Garnier eye roll on tu je). Biase kite pakai t-shirt dengan boxer, tapi kali ni kite nak ber-night gown la. Hihik. Biase kite gegosip gegurl x.o.x.o dulu dengan roomate, tapi kali ni taknak lah, kite nak dengar lagu lagu syahdu je. Biase kite mesej mesej or gayut gayut kejap dengan kekasih, tapi kali ni taknak la. Kite nak bersendirian je.

Lepas tu kekasih tanye apesal tak balas mesej, kite pon reply, 'Sorry, I tengah ber-me-time-moment jap. Hihik' Haa kau tunggu la me-time-moment aku pulak. Kate kekasih. Pastu gaduh. Pastu dah tak jadi me-time-moment. Jadi war-time-moment pulak dah. Pastu mule lah si pempuan pempuan ni pakai ayat sedih macam 'Takpelah kalau U taknak mesej I dah. Takpelah, kalau U tak reply lepas ni, I paham la relation kite ni macam mane' 

Teediaaa tediiiaaaa. Pempuan memang pandai buat drama. Tipu lah kalau tak penah bagi ayat drama wahai kawan kawan pempuan ku sekalian. Kehkehkeh.


Oke oke oke fine.

So semua orang ada me-time-moment masing masing. Dengan care ape, kite sendiri je tau. *senyum

Oke bye semua.


p/s: Setelah 8 tahun pakai gambar header yang same, terima lah header bunga bunga cinta dari Amie untuk awak semua.


Saturday, April 14, 2012

Conclusion

"Some things are better left unsaid"
__________________________________________________________________

Puas stalk, puas berfikir, puas tanye pendapat orang sana sini, dea duduk depan cermin. Lama. Hanya memandang refleksi dirinya di hadapan cermin. Lama. Dalam masa dea memandang wajahnya di dalam cermin, dea teringat semua apa yang pernah jadi dalam hidup dea yang menjadikan dea sekarang.

Dea menangis dalam hati sebab dea tau, dea tak perlu menangis untuk semua tu. Tak guna nak membazir air mata untuk orang yang tak pandai nak menilai jenama Burberry dan Marc Jacobs. 

Selepas kejadian itu, dea tahu dea tidak perlu menebalkan rambutnya untuk berfikir lagi. Dan dea hanya perlu duduk tepi tingkap, light up her cigarette dan act normal macam takde ape yang berlaku.

__________________________________________________________________

*deringan telefon menandakan mesej masuk*

"Gudmorning, orang on the way pegi kelas. ILY."

*taip mesej*

SEND

sambung tidur.....


Monday, April 9, 2012

Blah di fool

Kalau boleh taknak dengar, tapi kena dengar. Sampai cair taik telinga di buatnya. Tahan kan aje. Sape suruh tak cuci telinga selalu.

Taknak terima. Tapi terpaksa terima.

Bile dah terpaksa dengar dan terpaksa terima, terpaksa pulak bayangkan situasi nye.

Sekali bile nak cube betulkan keadaan, kena caci maki. Kalau macam tu from the first place, baik tak payah ungkit.

Tolong jangan mintak maaf. Mintak lah kaki.



Wednesday, March 21, 2012

Random

Oke katelah aku loser, blog senyap, tumblr tah ke mane, twitter tak main, online facebook pakai henfon murah, laptop rosak, internet tinggal kat rumah. K faham. Amie loser. Japgi keluar pegi keje pakai pelekat L letak kat dahi.

2 hari lepas gaduh dengan kekasih. Untuk mengelakkan pergaduhan berterusan diri ini pegi lah menonton Lawak Ke Der dengan roomate tersayang (cewah pandai kau bodek Amie). 20 minit kemudian baru lah terasa mahu mentalipon kekasih. Bile semua dah cool, kekasih tanye dah makan belom. Bile cakap dah makan, kekasih cakap, gaduh gaduh pon lalu ke makan. Lalu diri ini menjawab, ape kena mengena gaduh dengan lapar. Makan is makan. Gaduh is gaduh. Maka kami pun tukar topik perbualan. Malam tu tido mimpi putus dengan kekasih. HAHAHA k sedih bye T__T

Diri ini ade 3 bulan lagi nak enjoy tengok budak budak junior kat kolej ni dan setelkan assignment. Tak sabar nak habis, tak sabar nak enjoy keje bebetol, bayar hutang JPJ, buat lesen, dan carik tempat sambung degree. InsyaAllah kalau panjang umur lagi. Lepas tu mula lah post status rindu Beranang. Haha ofkos la rindu nak jalan jalan kat Beranang, orang yang asyik terperap kat rumah je tak tau kat Beranang ni banyak jalan tembus tembus. Haha. Best kan duduk kampung.

Anyway perkara pertama nak buat habis belaja nanti nak pergi Universal Studio Singapore untuk kali kedua sebab tak puas main ni sekali haritu.


Tengok gambar je dah rase teruja kan? Dah rase darah berderau derau kan? Dah rase sakit perut kan? Haaa. Makanya kite kena kumpul duit. 

Ape ape pon jugak, tak sabar nak habis kan semua assignment. Mari ucap selamat berjuang kepada diri ini kawan kawan. Kalau jumpe diri ini tepi jalan tengah makan keropok, jerit je selamat berjuang Amie. K tak lawak.

Kbye.


Friday, February 24, 2012

*Sigh

Aku cukup lemah kalau bergaduh dengan kawan sejantina aku. Seumur hidup aku 22 tahun ni, aku rase masuk ni baru 2 kali aku hilang kawan perempuan. Hilang maksud aku, bergaduh dan tidak bertegur lagi.

Aku pernah hilang 1 dulu, tapi aku dah mintak maaf sampai aku menangis. Tapi yeah bebi, tidak dapat di selamatkan. So okay, I go on.

Jangan la bayangkan bergaduh mulut maki maki mencarot tarik tarik rambut, hasut 800 kawan Facebook untuk menjatuhkan pihak lawan. Bukan bergaduh yang macam itu.

Aku rase sedih sangat bile kawan sejantina aku nak bergaduh dengan kawan sejantina. Padahal masing masing ade vagina kot. Gile ke nak bergaduh.

Lagi lagi kalau pergaduhan tu melibatkan lelaki. Aku rase cukup cukup down dah ni bile aku pernah keluar statement, vagina dengan vagina gaduh pasal penis yang belum tentu penis tu si vagina tu punye. Maksud aku bodoh la kan. Tibe tibe tup tup tup aku berada di situasi itu. Cume situasi aku lain sikit sebab aku memang tak hingin nak bergaduh dengan sape sape. Kamon la. Baru kekasih.

Dan aku bukanlah seorang perempuan yang suke cakap memerli merli. Nak cakap direct tak berani, maka create story dengan kawan dan kawan tu pun suke mengapi apikan orang, tu yang jadi gaduh. Jangan risau, aku tidak akan menceritakan cerita kau di sini supaya 775 kawan Facebook aku bace dan memberi komen yang pasti akan mengguriskan hati kau dan hati aku sendiri.

Cume aku berasa pelik bile kau tibe tibe nak bukak cerita yang entah ape ape konon konon nye aku jeles dengan kau berkawan dengan kekasih aku, dan aku ni perempuan bodoh sebab percaye semua cakap kekasih aku, padahal belakang aku NAUZUBILLAH. Tu ke yang kau nak sampaikan kat kawan kawan kau? Takpe aku dah boleh agak ayat cover kau nanti "Perasan dol dye uh. Owg ta cakap sal dye pown". K fine.

Walaupun aku tak dengar lagu lagu ST12, DMASSIVE, ROSSA, RAMLAH RAM, LIZA HANIM dan sejiwang yang sama waktu, tapi tak bermakna hati aku keras macam batu. Walaupun aku diam tak melawan, tak bermakna aku tak sedih bile kau taknak hormat aku. Aku boleh hormat kau dengan tak menjaja cerita kau, kenape kau tak boleh hormat aku dengan menjaga hati aku. Kalau tak banyak sikit. Kalau aku ni perempuan bodoh dan sakai dan anjing yang macam kau cakap tu, dah lame aku panggil geng mesej kau maki maki (sebab tu je la care perempuan gaduh. sorang sorang maki tak berani). Bukan tak boleh, cume aku rase tak berbaloi nak bergaduh sesama jantina untuk seorang lelaki.

Kawan buat cara kawan, aku tak pernah kisah. Tapi jaga cara berkawan supaya orang tak judge kau gedik. Kalau kau nak kekasih macam kau cakap main petik petik jari tu, ha petik lah. Amek lah. Buat lah ape pun kau nak buat, nak gune voodoo ke ape ke, buat, tapi jangan nak bergaduh dengan aku. Aku pun malu jugak. Kau tak malu?

Kalau tak malu, takpelah.

Aku memang lemah, maka aku mintak maaf tapi aku tak kan lupe.


Dapat Distinction untuk assignment aku lagi penting dari semak fikir pasal kau dan kekasih. Haih.


Kbye.




Wednesday, February 15, 2012

Kelam

Kengkadang Facebook dipenuhi dengan orang orang kelam. Macam buat status bajet bagus gitu. Tapi semua orang ade sedikit kekelaman dalam diri. Macam aku kelam nak buat entry macam ni. Tapi aku nak buat jugak, sebab aku kelam.

Setiap kali musim perayaan, tarikh cantik, bulan bulat malam ni, bunyik aneh kat Kota Samarahan, semua orang nak share perasaan tu kat Facebook. Atau gambar awan bentuk Tsunami, ombak besar atau ombak kecil, sesetengah orang suke klik button share untuk di share kan kepada kengkawan dea. So what?

So what nye di sini ialah, ade orang tak suke dan rase benda tu annoying. Macam aku rase perkataan "UNTUNGLAH" tu menjengkelkan dan kalau dengar orang cakap, bulu ketiak aku boleh gugur sehelai. Macam gitu.

Point di sini ialah, perasaan menjengkelkan itu normal. Kalau tak, macam mane boleh ade ayat annoying dan menjengkelkan. Nampak tak?

Tapi kenape nak kena bagitau semua orang yang kau berase jengkel dengan sesuatu benda tu?

Contoh semalam hari Valentine, kat luar negara semua orang tengah seronok beli coklat dan bunga nak bagi dekat orang yang dea sayang, sebab ape, sebab mase Sir Valentine kena bunuh dulu, sebelum dea mati dea kawin dengan orang dea sayang. HAHA. Aku buat kepala. Sape suruh percaya.

Makanya, bile tiba 14 Februari orang orang kristian akan memberi coklat dan bunga kepada orang yang mereka sayang berpandukan kepada sejarah Sir Valentine hape kename tah last name dea. Boleh search google HISTORY OF VALENTINE'S DAY.

Jadi orang orang Malaysia yang kebanyakkannya orang Melayu (Islam) tidak menyambut Valentine kerana mereka tahu bahawa Valentine bukan lah seperti Hari Raya Haji yang berhubung kait dengan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Nak tau lebih lanjut tentang Hari Raya Korban pun boleh search google. Valentine juge tidak di sambut oleh mana mana Nabi. Jadi get the point?

Oke tau, kite tak sampai isi lagi. Introduction je lebih ni.

Makanya yang tak sambut Valentine banyak lah post di status masing masing bahawasanya Valentine itu haram di sambut. Atau ade yang share gambar, 'ORANG INI TAK SAMBUT VALENTINE. K TENGS BYE.' atau sebagainya yang menyatakan bahawa walaupun beliau ade boipreng, dan gerpreng, tapi Valentine diorang tak sambut. Sebab hari hari pun Valentine. Hari hari pun boleh check in hotel murah di pinggir bandar.

Jadi ape masalah orang orang yang nak rase orang orang yang post tak sambut Valentine ni menjengkelkan? Ape masalah nak kena post status yang mengancam perasaan orang yang cakap dea tak sambut Valentine? Kalau pun rase orang orang ni menjengkelkan, keep it to yourself dah lah kan.

Name pun Facebook. So face the book lah kan. Facebook ni bukan kau main sorang. Kalau kau sorang je main, baik tak payah sign up Facebook. Main la Cooking Academy macam aku ni, takde sape nak rase annoying kat aku kecuali budak bilik aku. Sebab main masak masak, masak betul betul tak pandai jugak.


Yang kelam,
Amie.


Kbye.





Tuesday, February 7, 2012

Abang E-day

Sabtu yang lalu merupakan hari pertunangan abang saye di Melaka. Bakal kakak ipar saye orang Melaka. :) InsyaAllah. Semua orang sangat gembira dan yang paling gembira mestilah Emak dan Ayah saye. Saye pun gembire juge. Awak macam mane?

Enough karangan budak darjah 3.


Hantaran untuk pihak lelaki. :)


Hantaran untuk pihak perempuan :)


My beautiful InsyaAllah-future-sister-in-law. :)


Congratulations abang and kak daya :)


Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Kbye.

Thursday, February 2, 2012

Lagu buat berangan

Lagu adelah salah satu perkara penting yang harus ade dalam list hidup Amie Hamidi. Kire macam, 'Amie, boleh hang bagitau kami tak, ape benda salah 1 perkara paling penting dalam hidup hang yang hang rasa penting.' Amie pun jawab, 'Music' fullstop

Kalau takde music, rasa macam sunyi lah. Kalau tak suke dengar lagu, rase macam ish tak kena lah. Kalau pergi jalan jalan dengan kawan kawan naik kereta, mesti kena pasang lagu. Kalau nak balik kampung dari Kolej, mesti kena dengar lagu. Kalau pakai henfon murah takde mp3 takde radio, kena bace buku sambil menyanyi. Lagu didahulukan  musik diutamakan. AMBOIH.

Sebenarnye bukan nak cakap pasal 'The importance of music in life' pon. Kalau nak tau jugak penting ke tak boleh pegi Google.

Kalau kite suke sangat dengar lagu, kadang kadang ape yang jadi sekitar kite, kite mesti nak relate kan dengan music. Macam movie. Kalau movie tu takde music sampingan, movie tu akan jadi macam movie takde budget. Senyap sunyi boring je.

Sebenarnye dah lari tajuk.

Sebenarnye nak bagitau, kalau setiap kali dengar lagu I Dare You To Move nyanyian Switchfoot mesti teringat Landon dalam movie A Walk To Remember time dea bawak kereta nak jumpe ayah dea nak mintak tolong ayah dea rawatkan Jamie sebab Jamie sakit. Auuw co cuwit. Pastu kalau dengar lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri mesti teringat muke Edward Cullen tengah tunggu Bella sambil pakai suit pengantin dalam movie Twilight Breaking Dawn. Auuww co cuwit. Pastu kalau dengar lagu Pumped Up Kicks nyanyian FTP mesti teringat dekat Meor. Terus hilang muke sweet Landon dengan Edward Cullen.

T___T

Bye nak sambung buat assignment.

Lagu untuk assignment = http://www.youtube.com/watch?v=4LZcMv0H1bI


Kbye!


Monday, January 30, 2012

Talk crap.

Since this semester I only got two subjects to deal with, cewah deal with konon, makanya kedua dua subject tersebut telah mengeluarkan assignment masing masing. Kalau awak semua ade masalah insomnia teruk, awak semua boleh tengok assignment dan baca 18 kali. Kemungkinan pusingan pertama dah tumbang tu dah boleh agak dah. Tak payah susah payah jumpe doktor psycho, jumpe kaunselor. No need bebeh. Tapi masalahnye di sini ialah, takde masalah ape pon. Cume bile dah lame sangat takde ape nak buat, assignment tu macam malas malas je nak buat. Normal tak? Oke tak normal. Encik Malas please don't disturb me.

Actually, I don't have any important things to share with pon, hihik, cume rase macam loser bile blog senyap. Anyway, this semester I'm working while pegi kolej belajar. Mak cakap takpelah kalau boleh memenuhi kehendak awak nak ke konsert. Eh eh eh tak, mak cakap takpe kalau boleh memenuhi kehendak tapi study kena stabil. Setelah di pikir pikirin, saye pon buat part time job menolong makcik KFC di area sekitar tempat kediaman. Tak setiap hari, kadang kadang hari je. Hiihiikk. Maka assignment dan kerja dan kelas masih tidak mengganggu antara satu same lain.

Sepanjang sebulan di semester baru, I have nothing to share with sebab kau bayang aku pegi kelas sehari 1 kelas, so ape benda yang aku nak share? Budak freshie pon aku tak nampak and tak kenal. Tahniah Amie tahniah. Except for last Friday I pegi dating dengan kekasih and teman kekasih urut kaki, setengah jam 20 ringgit. Berminat? Boleh pegi carik kat BB, urut kaki open air. Sambil urut, sambil tengok bintang sambil dapat mesej dari kekasih cakap 'Sakit jugak urut kaki ni'. -__-"

Tak paham kan?

Oke bye.

p/s:I'm coming home this Thursday. Yay! Jumpe hari Selasa nanti. Hihik.


Saturday, January 14, 2012

T__T


Its so hard to say that I'm sorry, I'll make everything alright
All these things that I've done now what have I become
And where'd I go wrong
I don't mean to hurt, just to put you first
I won't tell you lies (Im sorry)
I will stand accused with my hand on my heart
Im just trying to say

Im sorry it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

I know that I can't take back all of the mistakes
But I will try
Although it's not easy, I know you believe me, 'cause I would not lie
Don't believe thier lies, told through jealous eyes, they don't understand (Im sorry)
I won't break your heart, I won't bring you down
But I will have to say

Im sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If i could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Im sorry its all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Monday, January 9, 2012

Temasik





Ape yang best kat Singapore adelah kebersihan bandar mereka. Kkkbye.



02012012 yang lalu.


Thanks :)



Thursday, January 5, 2012

Semester 8

Semoga semester ini berjalan lancar dan mendapat keputusan cemerlang. Semoga diri ini tidak leka dan fokus terhadap percutian ke Jakarta yang telah dirancang bersama. Kkk fine, semoga tidak leka dan fokus terhadap pelajaran.

Anyway,


emm well, he came back, knocking on my door. But I only open my window. Jadi, kalau lepas ni dea nak pergi lagi, baru aku nyanyi lagu Don't Go Knocking On My Door nyanyian Britney Spears k. Kk fine, kalau dea nak pergi lagi, takpe, kalau nak stay pun takpe. Tapi kalau ade orang lain yang datang yang macho macam Adi Putra ke datang ajak kawin, lagiiiii takpeeee. -..-

Oke yang ni tak penting, janji semester ni 4 ringgit. InsyaAllah.

Kkbye.



Sunday, January 1, 2012

2012

Benda benda common seperti harus ade 1 entry baru menjelang new year memang harus menjadi ikutan sejak kecil lagi. -..- Semasa tahun baru Islam tempoh hari taknak pulak sibuk sibuk berazam -..-

Kkk. Kerana tahun 2011 yang paling banyak benda sedih berlaku seperti, salah 1 benda paling sedih ialah apabila kematian sepupu paling saye hormati tempoh hari. *Al fatihah.

Kehilangan kekasih T__T

Perkara ketiga paling sedih bile hilang kawan baik, memang walaupun orang nampak macam aku ni jahat malah beliau pon anggap aku kawan paling jahat kat dunia ni, tapi sape tahu aku lah yang menangis bile dapat tahu aku hilang dea dan bile setiap kali aku teringat dea dan setiap ape yang kitorang buat bersame, mesti aku akan rindu dea. Takpelah kalau kawan kawan baik marah pun, takpelah walau diorang tak memahami bile aku cakap aku rindu kawan aku tu. Takpe. Aku je tau perasaan hilang kawan baik tu. Kadang bile aku cakap something macam dea sebenarnye yang tak faham keadaan, tapi sebenarnye aku nak dea faham yang aku buat tu sebab aku sayang dea. Cume dea taknak bukak hati dea untuk faham keadaan tu.

Hah tudia punye panjang lebar. (Tapi sebenarnye harap dea bace dan memahami) T__T

Sape tak sayang kawan? Takpelah kalau true friends aku marah pasal entry ni, tapi aku nak diorang jugak tau, yang aku sedih hilang kawan baik. Tak dea orang yang sempurna dalam dunia ni. Aku tak sempurna aku tak perfect, aku buat salah jugak.

Oke maaf emosi sikit. Sedih baru lepas tengok Ombak Rindu -..-

Anyway, harap tahun 2012 aku boleh gembira semula.

Kkbye!