Friday, February 24, 2012

*Sigh

Aku cukup lemah kalau bergaduh dengan kawan sejantina aku. Seumur hidup aku 22 tahun ni, aku rase masuk ni baru 2 kali aku hilang kawan perempuan. Hilang maksud aku, bergaduh dan tidak bertegur lagi.

Aku pernah hilang 1 dulu, tapi aku dah mintak maaf sampai aku menangis. Tapi yeah bebi, tidak dapat di selamatkan. So okay, I go on.

Jangan la bayangkan bergaduh mulut maki maki mencarot tarik tarik rambut, hasut 800 kawan Facebook untuk menjatuhkan pihak lawan. Bukan bergaduh yang macam itu.

Aku rase sedih sangat bile kawan sejantina aku nak bergaduh dengan kawan sejantina. Padahal masing masing ade vagina kot. Gile ke nak bergaduh.

Lagi lagi kalau pergaduhan tu melibatkan lelaki. Aku rase cukup cukup down dah ni bile aku pernah keluar statement, vagina dengan vagina gaduh pasal penis yang belum tentu penis tu si vagina tu punye. Maksud aku bodoh la kan. Tibe tibe tup tup tup aku berada di situasi itu. Cume situasi aku lain sikit sebab aku memang tak hingin nak bergaduh dengan sape sape. Kamon la. Baru kekasih.

Dan aku bukanlah seorang perempuan yang suke cakap memerli merli. Nak cakap direct tak berani, maka create story dengan kawan dan kawan tu pun suke mengapi apikan orang, tu yang jadi gaduh. Jangan risau, aku tidak akan menceritakan cerita kau di sini supaya 775 kawan Facebook aku bace dan memberi komen yang pasti akan mengguriskan hati kau dan hati aku sendiri.

Cume aku berasa pelik bile kau tibe tibe nak bukak cerita yang entah ape ape konon konon nye aku jeles dengan kau berkawan dengan kekasih aku, dan aku ni perempuan bodoh sebab percaye semua cakap kekasih aku, padahal belakang aku NAUZUBILLAH. Tu ke yang kau nak sampaikan kat kawan kawan kau? Takpe aku dah boleh agak ayat cover kau nanti "Perasan dol dye uh. Owg ta cakap sal dye pown". K fine.

Walaupun aku tak dengar lagu lagu ST12, DMASSIVE, ROSSA, RAMLAH RAM, LIZA HANIM dan sejiwang yang sama waktu, tapi tak bermakna hati aku keras macam batu. Walaupun aku diam tak melawan, tak bermakna aku tak sedih bile kau taknak hormat aku. Aku boleh hormat kau dengan tak menjaja cerita kau, kenape kau tak boleh hormat aku dengan menjaga hati aku. Kalau tak banyak sikit. Kalau aku ni perempuan bodoh dan sakai dan anjing yang macam kau cakap tu, dah lame aku panggil geng mesej kau maki maki (sebab tu je la care perempuan gaduh. sorang sorang maki tak berani). Bukan tak boleh, cume aku rase tak berbaloi nak bergaduh sesama jantina untuk seorang lelaki.

Kawan buat cara kawan, aku tak pernah kisah. Tapi jaga cara berkawan supaya orang tak judge kau gedik. Kalau kau nak kekasih macam kau cakap main petik petik jari tu, ha petik lah. Amek lah. Buat lah ape pun kau nak buat, nak gune voodoo ke ape ke, buat, tapi jangan nak bergaduh dengan aku. Aku pun malu jugak. Kau tak malu?

Kalau tak malu, takpelah.

Aku memang lemah, maka aku mintak maaf tapi aku tak kan lupe.


Dapat Distinction untuk assignment aku lagi penting dari semak fikir pasal kau dan kekasih. Haih.


Kbye.




Wednesday, February 15, 2012

Kelam

Kengkadang Facebook dipenuhi dengan orang orang kelam. Macam buat status bajet bagus gitu. Tapi semua orang ade sedikit kekelaman dalam diri. Macam aku kelam nak buat entry macam ni. Tapi aku nak buat jugak, sebab aku kelam.

Setiap kali musim perayaan, tarikh cantik, bulan bulat malam ni, bunyik aneh kat Kota Samarahan, semua orang nak share perasaan tu kat Facebook. Atau gambar awan bentuk Tsunami, ombak besar atau ombak kecil, sesetengah orang suke klik button share untuk di share kan kepada kengkawan dea. So what?

So what nye di sini ialah, ade orang tak suke dan rase benda tu annoying. Macam aku rase perkataan "UNTUNGLAH" tu menjengkelkan dan kalau dengar orang cakap, bulu ketiak aku boleh gugur sehelai. Macam gitu.

Point di sini ialah, perasaan menjengkelkan itu normal. Kalau tak, macam mane boleh ade ayat annoying dan menjengkelkan. Nampak tak?

Tapi kenape nak kena bagitau semua orang yang kau berase jengkel dengan sesuatu benda tu?

Contoh semalam hari Valentine, kat luar negara semua orang tengah seronok beli coklat dan bunga nak bagi dekat orang yang dea sayang, sebab ape, sebab mase Sir Valentine kena bunuh dulu, sebelum dea mati dea kawin dengan orang dea sayang. HAHA. Aku buat kepala. Sape suruh percaya.

Makanya, bile tiba 14 Februari orang orang kristian akan memberi coklat dan bunga kepada orang yang mereka sayang berpandukan kepada sejarah Sir Valentine hape kename tah last name dea. Boleh search google HISTORY OF VALENTINE'S DAY.

Jadi orang orang Malaysia yang kebanyakkannya orang Melayu (Islam) tidak menyambut Valentine kerana mereka tahu bahawa Valentine bukan lah seperti Hari Raya Haji yang berhubung kait dengan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Nak tau lebih lanjut tentang Hari Raya Korban pun boleh search google. Valentine juge tidak di sambut oleh mana mana Nabi. Jadi get the point?

Oke tau, kite tak sampai isi lagi. Introduction je lebih ni.

Makanya yang tak sambut Valentine banyak lah post di status masing masing bahawasanya Valentine itu haram di sambut. Atau ade yang share gambar, 'ORANG INI TAK SAMBUT VALENTINE. K TENGS BYE.' atau sebagainya yang menyatakan bahawa walaupun beliau ade boipreng, dan gerpreng, tapi Valentine diorang tak sambut. Sebab hari hari pun Valentine. Hari hari pun boleh check in hotel murah di pinggir bandar.

Jadi ape masalah orang orang yang nak rase orang orang yang post tak sambut Valentine ni menjengkelkan? Ape masalah nak kena post status yang mengancam perasaan orang yang cakap dea tak sambut Valentine? Kalau pun rase orang orang ni menjengkelkan, keep it to yourself dah lah kan.

Name pun Facebook. So face the book lah kan. Facebook ni bukan kau main sorang. Kalau kau sorang je main, baik tak payah sign up Facebook. Main la Cooking Academy macam aku ni, takde sape nak rase annoying kat aku kecuali budak bilik aku. Sebab main masak masak, masak betul betul tak pandai jugak.


Yang kelam,
Amie.


Kbye.





Tuesday, February 7, 2012

Abang E-day

Sabtu yang lalu merupakan hari pertunangan abang saye di Melaka. Bakal kakak ipar saye orang Melaka. :) InsyaAllah. Semua orang sangat gembira dan yang paling gembira mestilah Emak dan Ayah saye. Saye pun gembire juge. Awak macam mane?

Enough karangan budak darjah 3.


Hantaran untuk pihak lelaki. :)


Hantaran untuk pihak perempuan :)


My beautiful InsyaAllah-future-sister-in-law. :)


Congratulations abang and kak daya :)


Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Kbye.

Thursday, February 2, 2012

Lagu buat berangan

Lagu adelah salah satu perkara penting yang harus ade dalam list hidup Amie Hamidi. Kire macam, 'Amie, boleh hang bagitau kami tak, ape benda salah 1 perkara paling penting dalam hidup hang yang hang rasa penting.' Amie pun jawab, 'Music' fullstop

Kalau takde music, rasa macam sunyi lah. Kalau tak suke dengar lagu, rase macam ish tak kena lah. Kalau pergi jalan jalan dengan kawan kawan naik kereta, mesti kena pasang lagu. Kalau nak balik kampung dari Kolej, mesti kena dengar lagu. Kalau pakai henfon murah takde mp3 takde radio, kena bace buku sambil menyanyi. Lagu didahulukan  musik diutamakan. AMBOIH.

Sebenarnye bukan nak cakap pasal 'The importance of music in life' pon. Kalau nak tau jugak penting ke tak boleh pegi Google.

Kalau kite suke sangat dengar lagu, kadang kadang ape yang jadi sekitar kite, kite mesti nak relate kan dengan music. Macam movie. Kalau movie tu takde music sampingan, movie tu akan jadi macam movie takde budget. Senyap sunyi boring je.

Sebenarnye dah lari tajuk.

Sebenarnye nak bagitau, kalau setiap kali dengar lagu I Dare You To Move nyanyian Switchfoot mesti teringat Landon dalam movie A Walk To Remember time dea bawak kereta nak jumpe ayah dea nak mintak tolong ayah dea rawatkan Jamie sebab Jamie sakit. Auuw co cuwit. Pastu kalau dengar lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri mesti teringat muke Edward Cullen tengah tunggu Bella sambil pakai suit pengantin dalam movie Twilight Breaking Dawn. Auuww co cuwit. Pastu kalau dengar lagu Pumped Up Kicks nyanyian FTP mesti teringat dekat Meor. Terus hilang muke sweet Landon dengan Edward Cullen.

T___T

Bye nak sambung buat assignment.

Lagu untuk assignment = http://www.youtube.com/watch?v=4LZcMv0H1bI


Kbye!