Wednesday, March 21, 2012

Random

Oke katelah aku loser, blog senyap, tumblr tah ke mane, twitter tak main, online facebook pakai henfon murah, laptop rosak, internet tinggal kat rumah. K faham. Amie loser. Japgi keluar pegi keje pakai pelekat L letak kat dahi.

2 hari lepas gaduh dengan kekasih. Untuk mengelakkan pergaduhan berterusan diri ini pegi lah menonton Lawak Ke Der dengan roomate tersayang (cewah pandai kau bodek Amie). 20 minit kemudian baru lah terasa mahu mentalipon kekasih. Bile semua dah cool, kekasih tanye dah makan belom. Bile cakap dah makan, kekasih cakap, gaduh gaduh pon lalu ke makan. Lalu diri ini menjawab, ape kena mengena gaduh dengan lapar. Makan is makan. Gaduh is gaduh. Maka kami pun tukar topik perbualan. Malam tu tido mimpi putus dengan kekasih. HAHAHA k sedih bye T__T

Diri ini ade 3 bulan lagi nak enjoy tengok budak budak junior kat kolej ni dan setelkan assignment. Tak sabar nak habis, tak sabar nak enjoy keje bebetol, bayar hutang JPJ, buat lesen, dan carik tempat sambung degree. InsyaAllah kalau panjang umur lagi. Lepas tu mula lah post status rindu Beranang. Haha ofkos la rindu nak jalan jalan kat Beranang, orang yang asyik terperap kat rumah je tak tau kat Beranang ni banyak jalan tembus tembus. Haha. Best kan duduk kampung.

Anyway perkara pertama nak buat habis belaja nanti nak pergi Universal Studio Singapore untuk kali kedua sebab tak puas main ni sekali haritu.


Tengok gambar je dah rase teruja kan? Dah rase darah berderau derau kan? Dah rase sakit perut kan? Haaa. Makanya kite kena kumpul duit. 

Ape ape pon jugak, tak sabar nak habis kan semua assignment. Mari ucap selamat berjuang kepada diri ini kawan kawan. Kalau jumpe diri ini tepi jalan tengah makan keropok, jerit je selamat berjuang Amie. K tak lawak.

Kbye.