Saturday, April 21, 2012

Masa mahu bersendirian.

Me time moment adalah apabila kite mahu masa bersendirian.

Me time moment saye adalah apabila saye mahu berbau wangi sebelum tido tanpa mendengar gosip dan bergaduh bersama kekasih malah bermesej sehingga masing masing mengantuk sambil mendengar lagu lagu syahdu.

Tapi kadang kadang ade sehari dalam seminggu atau dua minggu atau sebulan kite buat something lain dari hari hari lain. Contoh biasenye lepas menjalani rutin harian yang memenatkan seperti pagi ke kelas, petang kerja dan malam stay up buat assignment atau kalau tengah free lepak kedai makan bersama kengkawan, balik rumah, mandi 10 minit, pakai baju, online dan tido.

Tapi haritu kite rase macam nak ber-me-time-moment la. So kite pon tak lepak kedai makan. Kite tak mandi 10 minit, tapi kite mandi 30 minit. Selalu kalau malas, shampoo dengan sabun buat serentak, tapi kali ni kite nak shampoo 5 minit, sabun 5 minit, pakai conditioner 5 minit. Selalu conditioner tak pakai sebab malas nak perap kat rambut 5 minit, tapi kali ni kite rajin nak perap. Perap 10 minit pon takpe. Biase lepas mandi kite pakai bedak, calit rexona, teros tido. Tapi kali ni kite nak pakai losyen, kite nak ber-toner, kite nak ber-pelembap sikit, kite nak ber-pakai-timun-sambil baring (zaman sekarang pakai Garnier eye roll on tu je). Biase kite pakai t-shirt dengan boxer, tapi kali ni kite nak ber-night gown la. Hihik. Biase kite gegosip gegurl x.o.x.o dulu dengan roomate, tapi kali ni taknak lah, kite nak dengar lagu lagu syahdu je. Biase kite mesej mesej or gayut gayut kejap dengan kekasih, tapi kali ni taknak la. Kite nak bersendirian je.

Lepas tu kekasih tanye apesal tak balas mesej, kite pon reply, 'Sorry, I tengah ber-me-time-moment jap. Hihik' Haa kau tunggu la me-time-moment aku pulak. Kate kekasih. Pastu gaduh. Pastu dah tak jadi me-time-moment. Jadi war-time-moment pulak dah. Pastu mule lah si pempuan pempuan ni pakai ayat sedih macam 'Takpelah kalau U taknak mesej I dah. Takpelah, kalau U tak reply lepas ni, I paham la relation kite ni macam mane' 

Teediaaa tediiiaaaa. Pempuan memang pandai buat drama. Tipu lah kalau tak penah bagi ayat drama wahai kawan kawan pempuan ku sekalian. Kehkehkeh.


Oke oke oke fine.

So semua orang ada me-time-moment masing masing. Dengan care ape, kite sendiri je tau. *senyum

Oke bye semua.


p/s: Setelah 8 tahun pakai gambar header yang same, terima lah header bunga bunga cinta dari Amie untuk awak semua.


Saturday, April 14, 2012

Conclusion

"Some things are better left unsaid"
__________________________________________________________________

Puas stalk, puas berfikir, puas tanye pendapat orang sana sini, dea duduk depan cermin. Lama. Hanya memandang refleksi dirinya di hadapan cermin. Lama. Dalam masa dea memandang wajahnya di dalam cermin, dea teringat semua apa yang pernah jadi dalam hidup dea yang menjadikan dea sekarang.

Dea menangis dalam hati sebab dea tau, dea tak perlu menangis untuk semua tu. Tak guna nak membazir air mata untuk orang yang tak pandai nak menilai jenama Burberry dan Marc Jacobs. 

Selepas kejadian itu, dea tahu dea tidak perlu menebalkan rambutnya untuk berfikir lagi. Dan dea hanya perlu duduk tepi tingkap, light up her cigarette dan act normal macam takde ape yang berlaku.

__________________________________________________________________

*deringan telefon menandakan mesej masuk*

"Gudmorning, orang on the way pegi kelas. ILY."

*taip mesej*

SEND

sambung tidur.....


Monday, April 9, 2012

Blah di fool

Kalau boleh taknak dengar, tapi kena dengar. Sampai cair taik telinga di buatnya. Tahan kan aje. Sape suruh tak cuci telinga selalu.

Taknak terima. Tapi terpaksa terima.

Bile dah terpaksa dengar dan terpaksa terima, terpaksa pulak bayangkan situasi nye.

Sekali bile nak cube betulkan keadaan, kena caci maki. Kalau macam tu from the first place, baik tak payah ungkit.

Tolong jangan mintak maaf. Mintak lah kaki.