Saturday, June 23, 2012

Kerja merungut.

Dulu mase aku sekolah menengah, aku selalu pelik kenapa budak budak lepasan Diploma dan Degree merungut takde kerja. Padahal aku rase belambak lambak keje kat Malaysia ni yang diorang boleh buat. Lepas tu mulalah pemikiran jahat aku datang yang macam fikir diorang tu memilih kerja dan sebenarnye malas.

Lepas habis SPM tahun 2007 dulu, aku mula bekerja, kerja pasaraya, kerja buruh 8 jam rehat sejam so total jam aku kat pasaraya tu berkerja ialah 9 jam. Mase tu kerja seronok sangat, pergi kerja enjoy. Balik untuk tido je. Gaji tak pernah cecah 600 pun. Mase tu rase bersyukur je dengan gaji macam tu. Sebab ye lah, baru habis sekolah. Tahap demand dalam diri belom menonjol lagi.

Tapi sekarang, banyak sangat benda yang aku nak rungutkan. Mase belajar dulu, aku merungut sebab aku tak buat lesen lagi sebelum masuk belaja. Lepas tu aku merungut bile nak habis belaja. Bile dah habis belaja, aku merungut takde kerja. Bile dah dapat kerja, aku merungut kerja tu tak best dan aku reject tawaran kerja tu. Lepas dah reject kerja, aku merungut kenapa aku reject kerja tu. Dan sekarang aku dapat kerja Marrybrown, aku merungut bile transkrip exam nak keluar aku nak mintak kerja yang sedap sikit.

Bile kau ade Diploma, dan kau dapat kerja kerja yang tak sedap macam tu, aku yakin dan pasti kau akan merungut. Baru aku faham kenapa budak budak Diploma dan Degree yang tak kerja tu merungut. Kerja aku kat MB tu macam kerja cleaner. Hari hari kena berdepan dengan customer ambik order hanta order, sapu lantai, mop lantai, basuh pinggan, cuci tingkap, orang tengok aku macam budak tak berpelajaran yang mase sekolah taknak belajar rajin rajin. Bile kena 'suruh suruh' dengan manager dengan budak budak dah lame keje kat situ macam terlalu mencabar sangat.

Kau faham tak perasaan ni?

Ke aku yang tak cool?

Doakan aku dapat kerja sedap sedap please. T_T

Tenkiu.

Bye.

Saturday, June 16, 2012

P and V

Sedang Emak, Ayah dan Kakak menonton bola sambil terjerit jerit, aku dalam bilik macam biasa takde benda lain berfaedah yang boleh dibuat selain online sambil ber-Eyes Set to Kill dengan lagu mereka Reach satu kali.

Kadang kadang kalau kite bercinta, tak selalunya kite kena nak partner kite ikut karenah dan kehendak kite. Saye belaja benda ni dari kekasih beberapa hari lepas. Lelaki ade ego mereka yang tersendiri, perempuan pon ade ego mereka yang tersendiri. Kalau awak nak hubungan yang baik, awak kena bertolak ansur sesama sendiri. Macam Mak dengan Ayah, kalau Mak nak tengok Marlin, Ayah kena bagi masa Marlin yang Mak nak tu, tak lame, sejam je. Kecuali kalau ade Marlin marathon, mungkin Ayah sedih. HAHA. Oke then kalau Ayah nak tengok movie dari pukul 8 malam sampai 4 pagi, oke takpe, Mak bagi, tapi dengan syarat lampu kena tutup. Oke tu contoh tolak ansur paling best yang aku dapat bagi.

Kalau waktu bercinta awak tak boleh nak bertolak ansur, macam mane kalau dah dapat anak pertama nanti? Kembar pulak tu? Macam tadi, saye tanye Kakak, dea cakap kalau malam malam anak menangis, dea nak mengarah laki dea je tolong jage baby tu sebab alasan dea, dea dah 9 bulan jage baby tu dalam perut. Pastu lepas seminggu laki mintak cerai. Kahkah sedih sangat.

Sekarang saye dan kekasih tengah berusaha untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perempuan tak boleh jadi macam lelaki walau macam mane ego pon dea. And lelaki tak boleh jadi macam perempuan walau macam mane hati lembut pon dea. Itu pada fendapat aku lah. Contoh, setelah survey dilakukan, kebanyakkan perempuan akan masih tetap bermesej dengan kekasih mereka walaupun mereka tengah ber-karaoke dan berjimba bersama girlfriends dea berbanding lelaki. Dan lelaki tak boleh mesej 24 jam dan mengkontrol setiap pergerakan aweks dea kerana akan dipandang hina oleh kawan kawan perempuan awek dea. Percayalah. *angguk sambil kelip mata dan bermuka serious*

Dan setelah bergayut di telefon dengan Slay beberapa hari lalu, aku dapat tau, perempuan akan curang kalau boyfriend dea tidak memberi sepenuh perhatian kat dea, tiada masa depan tetap (loser), atau tiada kerjaya yang menjamin mase depan atau mase mase bersama. Thanks Slay ye. Dan lelaki curang? Tepuk dada tanya selera.

Oke bye.

Monday, June 11, 2012

Mohon pencerahan

There's so many thing running on my mind lately.

Few days back, Pika said something terrible that made me cry. I cry so bad. Pika is not well. She's sick. It's been a week already. I cried because I can't be there for her. Dan dea cakap mengarut ngarut sangat sampai buat aku terpikir kalau benda tu betul. And kalau betul sape nak ade untuk aku time susah senang aku, maksud aku, sape nak ade dengar semua ape yang aku bebelkan. Tulis ni pon dah rase nak menangis. Oke dah. Tu satu hal.

Another thing is, tomorrow is my first day working as a crew in McDonald. What about it is, I don't feel happy dan teruja. Takde perasaan tak sabar sabar. Adekah tak enjoy nanti? Adekah saye akan dibuli oleh kakak manager? Atau kena deal dengan pelanggan yang banyak songeh? Atau kena marah dengan abang pemandu bas garang? Macam macam fikir. Especially about salary. Is it worth the working? Or kena work real hard, untuk dapat gaji yang berbaloi? Memang la orang cakap, kau nak gaji sedap, kena la kerja kuat. Tapi kalau kerja kuat gaji tak sedap? Tak sedih?

So, ape yang saye fikirkan buat mase ini, saye akan berkerja sebulan sahaja dan akan mencari kerja lain yang lebih berbaloi. *senyum

Another thing yang lain pula, lately ni, kekasih and I selalu tak bersependapat. I know why. But I just hope everything went well lah in the end ye. Segan sembang ni. Kite masuk bab lain pulak.

Bab lain nye ialah bab lepas ni aku kena pergi mandi dan menonton televisyen.

Selamat masuk sekolah budak sekolah semua ye :) Kalau aku dulu, mesti excited nak pergi sekolah lepas habis cuti sekolah.

Oke bye.

Monday, June 4, 2012

Susu sebelanga yang rosak.

Kadang kadang benda benda kecik seperti awak komen status kawan awak, dan komen awak tak dilayan sangat lah membuatkan awak berfikir macam macam. Contohnya membuatkan awak melabel kawan awak seperti, sombong ah kau ni, blah la, macam la best sangat kau tu. Haa tapi sebenarnye pada hari itu kawan awak sangat la malas nak membalas komen, cume sekadar mahu membuat status dan tidak mahu membalas komen kerana mungkin keadaan tidak mengizinkan dan sebagainya.

Oke intro bosan. Buuuu.

Saye terpaham sesuatu ketika saye tak boleh tido 10 minit yang lepas. Benda benda pincang yang pernah jadi suatu ketika dulu banyak memberi pengajaran dan iktibar.

Kadang kadang kite tak sedar yang benda benda kecik berlaku sekitar kite boleh jadi sesuatu yang besar dan berharga. Tapi kite tak pernah hargai benda kecik tu. Dan kite jarang memikirkannya. Contoh,

Situasi 1: Kite marah dekat kawan kite sebab kawan kite bagitau boyfriend kite yang kite curang. Akhirnya kite putus kawan dengan kawan kite tu.

Situasi 2: Kite telah pun berkawan baik dengan budak A yang dulu kite pernah tak suke selepas budak B yang berkawan dengan budak A bagitau yang kite tak suke kat dea. Maka kite melupakan usaha budak B.

Situasi 3: Kite marah kawan kite yang mengadu kat polis yang kite pernah jual dadah, dan kite mendapat hukuman. Selepas mendapat hukuman kite cuci tangan dari jual dadah.

Berdasarkan situasi situasi yang di beri di atas (tudiaa ringkasan paper Bahasa Melayu SPM 2007), so faham tak ape benda benda kecik tu? Effort atau melayunya kesungguhan orang lain yang nak cuba memperbaiki sikap kita. Memang kite marah sangat dekat budak yang suke mengadu ni, kite kutuk caci hina   dea. Tapi kite tak pernah terfikir sebab dea, benda baik dah berlaku kat kite.

Contoh situasi 1, benda baik nye akhirnye dea dan kekasih dea membuat diskusi bersama atas sebab ape kite curang dengan die. Kite perbaiki dan mereka telah menjadi pasangan kekasih yang setia. Situasi 2, kite telah menjadi orang yang tidak sewenang wenangnye menilai orang lain berdasarkan ekspresi muke dea. Situasi 3 kite menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

ATAS HASIL USAHA BUDAK YANG MENGADU TU.

So kadang kadang dalam sesuatu benda yang bahagia dan gembira, kite kena fikir untuk siape kite perlu berterima kasih. Kadang benda yang buruk sebenarnye berniat baik. Contoh kucing yang bermuke hodoh dan berkurap, ingin dibelai manja dan dimandikan.

Oke, bye.

Ku sangkakan hujan berpanjangan.

Setelah mendengar sesuatu yang mencurigakan di belakang rumah sejam yang lepas, diri ini terus mendapat ilham berblog di dalam gelap (iaitu sejam yang lepas). Ye, saye sedang menulis di dalam gelap (sejam yang lepas). Believe it or not? Awak harus believe it ketika sejam yang lepas.

Setelah hampir seminggu habis belaja dan melengkor dirumah, saye rase sangat bosan sekali. Maka selalu saje Emak kehabisan tepung di rumah dan mengpau kakak sebuah tepung pulut untuk dibuat kuih. Bile bosan telah mengganda ganda sebab kalau kat rumah sewa, kalau bosan mesti ade aktiviti dengan rakan di rumah seperti aktiviti gotong royong bersama orang orang kampung, aktiviti membersihkan kawasan sekitar masjid dan sebagainya, kini di rumah tidak lagi.

 Nak keluar bersama teman teman di sini, macam susah sekali kerana kalau nak keluar harus keluar bersama geng super five (baru reka nama geng 2 saat lepas), dan kalau nak keluar dengan geng super five kena set appointment dulu sebab masing masing sudah bekerjaya.

Bile perkara perkara seperti membaca komik, tidur sampai tengah hari, bergomol dengan kucing, dan melengkor telah bosan dilakukan, maka diri ini telah mengambil inisiatif mencari kerja. Ye. Saye harus bekerja. Kerana saye cepat bosan duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti yang membawa hasil (duit).

Makanya, tadi pergi Giant (tanpa mandi seharian) beli waffle dan cool blog, tibe tibe rase macam nak try carik keje lah. Ingat nak kerja kaunter Air Asia, mane lah tau tibe tibe boss telepon ajak teman dea pergi Jakarta, tapi kaunter tutup, maka mencari tempat lain yang beraircond, akhirnye terserempak Guardian. Diri ini pun terus la tanye adik sales assistant jika terdapat any kerja kosong. Adik sales assistant pun bagi kite borang, kite pun isi. Kite pun bagi adik sales assistant yang lain. Lepas dea tengok kite baru habis buat Diploma, dea terus macam 'Eh? Ade diploma eh? Boleh apply jadi trainee manager ni. Nak tak? Gaji 1k plus. Nak tak?' Kite pun dengan tak mandi seharian pun angguk angguk je. So kite harap dapat la keje ni dari duduk melengkor je kat rumah.

Dan sementara tunggu nak sambung belaja tahun depan. Dan graduasi bulan 10. Dan raya bulan 7.

Oke kalau dapat keje ni pastu dapat gaji kite belanja diri kite Iphone 4s k? K doakan k? K tengs semua.

Bye.