Tuesday, October 16, 2012

Song for lovebirds.

Tipu lah kalau sedang sedih takde lagu untuk ditemani.

Remaja yang nampak riang ria dan sosial pun kalau sedang bersedih akan pergi ke karaoke karaoke murah sekitar bandaraya, atau remaja sihat akan lebih melakukan aktiviti aktiviti sukan yang ekstrem seperti berakit di sungai sungai yang deras seperi di Sungai Sedim (amboii nampak sangat Google) atau kalau remaja kurang sihat akan ke club club tempatan untuk menghiburkan diri dengan jejaka atau gadis gadis bukan warganegara.

Over sangat cara hilang sedih tu.

Jadi dalam playlist handphone, mp4, mp3 masing masing mesti ade beberape buah lagu lagu sedih yang disorokkan dalam folder lain di beri name 'Lagu-lagu Mak Saya' agar tidak diketahui rakan taulan dan rakan taulan tidak akan membukanya kecuali rakan taulan yang memang dengar lagu Mak Saya. Faham ke tak faham?


SILVERSTEIN FT LIGHTS- THE END

Ini adelah antara salah satu koleksi lagu sedih yang di dengar apabila sedang bersedih. Tapi sebenarnye walaupun tak sedih tetap dengar sebab syok angat.

In my opinion, it's about this two love birds, deeply in love with each other. Tapi tak tunjuk. Probably sebab diorang tak percaya kan satu sama lain. Masing masing ingat diorang tak cinta antara satu sama lain.

Jadi si lelaki yang ragu ragu kan kesetiaan perempuan ni bakar rumah diorang sekali dengan perempuan ni. Oleh kerana perasaan cinta dan sayang kat perempuan ni, laki tu pun tak boleh nak hidup sorang tanpa perempuan ni, dea ikut bunuh diri dalam marak api tu. In the end dua dua mati yang kononnya akan hidup bahagia di rahmatullah.

Tapi bunuh diri dan bunuh orang satu dosa besar. Jadi jangan ikut ye adik adik semua.

Kenape lagu ni best dan sesuai dengar ketika sedih? Dengar la sendiri, tu dah siap dengan lirik untuk sing along.

Have a nice day adik adik!

Kbye.

Friday, October 12, 2012

Its not awesome dude

Dah tiada humor dan susah sangat nak menulis. Dah tiada traffic.
So dah tak perlu disini lagi.

Atau

Dapat kerja kerani di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru merupakan takdir dan rezeki? RahsiaNya hanya Dia yang tahu.

Mudah mudahan di permudahkan.