Wednesday, February 15, 2012

Kelam

Kengkadang Facebook dipenuhi dengan orang orang kelam. Macam buat status bajet bagus gitu. Tapi semua orang ade sedikit kekelaman dalam diri. Macam aku kelam nak buat entry macam ni. Tapi aku nak buat jugak, sebab aku kelam.

Setiap kali musim perayaan, tarikh cantik, bulan bulat malam ni, bunyik aneh kat Kota Samarahan, semua orang nak share perasaan tu kat Facebook. Atau gambar awan bentuk Tsunami, ombak besar atau ombak kecil, sesetengah orang suke klik button share untuk di share kan kepada kengkawan dea. So what?

So what nye di sini ialah, ade orang tak suke dan rase benda tu annoying. Macam aku rase perkataan "UNTUNGLAH" tu menjengkelkan dan kalau dengar orang cakap, bulu ketiak aku boleh gugur sehelai. Macam gitu.

Point di sini ialah, perasaan menjengkelkan itu normal. Kalau tak, macam mane boleh ade ayat annoying dan menjengkelkan. Nampak tak?

Tapi kenape nak kena bagitau semua orang yang kau berase jengkel dengan sesuatu benda tu?

Contoh semalam hari Valentine, kat luar negara semua orang tengah seronok beli coklat dan bunga nak bagi dekat orang yang dea sayang, sebab ape, sebab mase Sir Valentine kena bunuh dulu, sebelum dea mati dea kawin dengan orang dea sayang. HAHA. Aku buat kepala. Sape suruh percaya.

Makanya, bile tiba 14 Februari orang orang kristian akan memberi coklat dan bunga kepada orang yang mereka sayang berpandukan kepada sejarah Sir Valentine hape kename tah last name dea. Boleh search google HISTORY OF VALENTINE'S DAY.

Jadi orang orang Malaysia yang kebanyakkannya orang Melayu (Islam) tidak menyambut Valentine kerana mereka tahu bahawa Valentine bukan lah seperti Hari Raya Haji yang berhubung kait dengan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Nak tau lebih lanjut tentang Hari Raya Korban pun boleh search google. Valentine juge tidak di sambut oleh mana mana Nabi. Jadi get the point?

Oke tau, kite tak sampai isi lagi. Introduction je lebih ni.

Makanya yang tak sambut Valentine banyak lah post di status masing masing bahawasanya Valentine itu haram di sambut. Atau ade yang share gambar, 'ORANG INI TAK SAMBUT VALENTINE. K TENGS BYE.' atau sebagainya yang menyatakan bahawa walaupun beliau ade boipreng, dan gerpreng, tapi Valentine diorang tak sambut. Sebab hari hari pun Valentine. Hari hari pun boleh check in hotel murah di pinggir bandar.

Jadi ape masalah orang orang yang nak rase orang orang yang post tak sambut Valentine ni menjengkelkan? Ape masalah nak kena post status yang mengancam perasaan orang yang cakap dea tak sambut Valentine? Kalau pun rase orang orang ni menjengkelkan, keep it to yourself dah lah kan.

Name pun Facebook. So face the book lah kan. Facebook ni bukan kau main sorang. Kalau kau sorang je main, baik tak payah sign up Facebook. Main la Cooking Academy macam aku ni, takde sape nak rase annoying kat aku kecuali budak bilik aku. Sebab main masak masak, masak betul betul tak pandai jugak.


Yang kelam,
Amie.


Kbye.