Friday, February 24, 2012

*Sigh

Aku cukup lemah kalau bergaduh dengan kawan sejantina aku. Seumur hidup aku 22 tahun ni, aku rase masuk ni baru 2 kali aku hilang kawan perempuan. Hilang maksud aku, bergaduh dan tidak bertegur lagi.

Aku pernah hilang 1 dulu, tapi aku dah mintak maaf sampai aku menangis. Tapi yeah bebi, tidak dapat di selamatkan. So okay, I go on.

Jangan la bayangkan bergaduh mulut maki maki mencarot tarik tarik rambut, hasut 800 kawan Facebook untuk menjatuhkan pihak lawan. Bukan bergaduh yang macam itu.

Aku rase sedih sangat bile kawan sejantina aku nak bergaduh dengan kawan sejantina. Padahal masing masing ade vagina kot. Gile ke nak bergaduh.

Lagi lagi kalau pergaduhan tu melibatkan lelaki. Aku rase cukup cukup down dah ni bile aku pernah keluar statement, vagina dengan vagina gaduh pasal penis yang belum tentu penis tu si vagina tu punye. Maksud aku bodoh la kan. Tibe tibe tup tup tup aku berada di situasi itu. Cume situasi aku lain sikit sebab aku memang tak hingin nak bergaduh dengan sape sape. Kamon la. Baru kekasih.

Dan aku bukanlah seorang perempuan yang suke cakap memerli merli. Nak cakap direct tak berani, maka create story dengan kawan dan kawan tu pun suke mengapi apikan orang, tu yang jadi gaduh. Jangan risau, aku tidak akan menceritakan cerita kau di sini supaya 775 kawan Facebook aku bace dan memberi komen yang pasti akan mengguriskan hati kau dan hati aku sendiri.

Cume aku berasa pelik bile kau tibe tibe nak bukak cerita yang entah ape ape konon konon nye aku jeles dengan kau berkawan dengan kekasih aku, dan aku ni perempuan bodoh sebab percaye semua cakap kekasih aku, padahal belakang aku NAUZUBILLAH. Tu ke yang kau nak sampaikan kat kawan kawan kau? Takpe aku dah boleh agak ayat cover kau nanti "Perasan dol dye uh. Owg ta cakap sal dye pown". K fine.

Walaupun aku tak dengar lagu lagu ST12, DMASSIVE, ROSSA, RAMLAH RAM, LIZA HANIM dan sejiwang yang sama waktu, tapi tak bermakna hati aku keras macam batu. Walaupun aku diam tak melawan, tak bermakna aku tak sedih bile kau taknak hormat aku. Aku boleh hormat kau dengan tak menjaja cerita kau, kenape kau tak boleh hormat aku dengan menjaga hati aku. Kalau tak banyak sikit. Kalau aku ni perempuan bodoh dan sakai dan anjing yang macam kau cakap tu, dah lame aku panggil geng mesej kau maki maki (sebab tu je la care perempuan gaduh. sorang sorang maki tak berani). Bukan tak boleh, cume aku rase tak berbaloi nak bergaduh sesama jantina untuk seorang lelaki.

Kawan buat cara kawan, aku tak pernah kisah. Tapi jaga cara berkawan supaya orang tak judge kau gedik. Kalau kau nak kekasih macam kau cakap main petik petik jari tu, ha petik lah. Amek lah. Buat lah ape pun kau nak buat, nak gune voodoo ke ape ke, buat, tapi jangan nak bergaduh dengan aku. Aku pun malu jugak. Kau tak malu?

Kalau tak malu, takpelah.

Aku memang lemah, maka aku mintak maaf tapi aku tak kan lupe.


Dapat Distinction untuk assignment aku lagi penting dari semak fikir pasal kau dan kekasih. Haih.


Kbye.