Saturday, June 16, 2012

P and V

Sedang Emak, Ayah dan Kakak menonton bola sambil terjerit jerit, aku dalam bilik macam biasa takde benda lain berfaedah yang boleh dibuat selain online sambil ber-Eyes Set to Kill dengan lagu mereka Reach satu kali.

Kadang kadang kalau kite bercinta, tak selalunya kite kena nak partner kite ikut karenah dan kehendak kite. Saye belaja benda ni dari kekasih beberapa hari lepas. Lelaki ade ego mereka yang tersendiri, perempuan pon ade ego mereka yang tersendiri. Kalau awak nak hubungan yang baik, awak kena bertolak ansur sesama sendiri. Macam Mak dengan Ayah, kalau Mak nak tengok Marlin, Ayah kena bagi masa Marlin yang Mak nak tu, tak lame, sejam je. Kecuali kalau ade Marlin marathon, mungkin Ayah sedih. HAHA. Oke then kalau Ayah nak tengok movie dari pukul 8 malam sampai 4 pagi, oke takpe, Mak bagi, tapi dengan syarat lampu kena tutup. Oke tu contoh tolak ansur paling best yang aku dapat bagi.

Kalau waktu bercinta awak tak boleh nak bertolak ansur, macam mane kalau dah dapat anak pertama nanti? Kembar pulak tu? Macam tadi, saye tanye Kakak, dea cakap kalau malam malam anak menangis, dea nak mengarah laki dea je tolong jage baby tu sebab alasan dea, dea dah 9 bulan jage baby tu dalam perut. Pastu lepas seminggu laki mintak cerai. Kahkah sedih sangat.

Sekarang saye dan kekasih tengah berusaha untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perempuan tak boleh jadi macam lelaki walau macam mane ego pon dea. And lelaki tak boleh jadi macam perempuan walau macam mane hati lembut pon dea. Itu pada fendapat aku lah. Contoh, setelah survey dilakukan, kebanyakkan perempuan akan masih tetap bermesej dengan kekasih mereka walaupun mereka tengah ber-karaoke dan berjimba bersama girlfriends dea berbanding lelaki. Dan lelaki tak boleh mesej 24 jam dan mengkontrol setiap pergerakan aweks dea kerana akan dipandang hina oleh kawan kawan perempuan awek dea. Percayalah. *angguk sambil kelip mata dan bermuka serious*

Dan setelah bergayut di telefon dengan Slay beberapa hari lalu, aku dapat tau, perempuan akan curang kalau boyfriend dea tidak memberi sepenuh perhatian kat dea, tiada masa depan tetap (loser), atau tiada kerjaya yang menjamin mase depan atau mase mase bersama. Thanks Slay ye. Dan lelaki curang? Tepuk dada tanya selera.

Oke bye.