Saturday, June 23, 2012

Kerja merungut.

Dulu mase aku sekolah menengah, aku selalu pelik kenapa budak budak lepasan Diploma dan Degree merungut takde kerja. Padahal aku rase belambak lambak keje kat Malaysia ni yang diorang boleh buat. Lepas tu mulalah pemikiran jahat aku datang yang macam fikir diorang tu memilih kerja dan sebenarnye malas.

Lepas habis SPM tahun 2007 dulu, aku mula bekerja, kerja pasaraya, kerja buruh 8 jam rehat sejam so total jam aku kat pasaraya tu berkerja ialah 9 jam. Mase tu kerja seronok sangat, pergi kerja enjoy. Balik untuk tido je. Gaji tak pernah cecah 600 pun. Mase tu rase bersyukur je dengan gaji macam tu. Sebab ye lah, baru habis sekolah. Tahap demand dalam diri belom menonjol lagi.

Tapi sekarang, banyak sangat benda yang aku nak rungutkan. Mase belajar dulu, aku merungut sebab aku tak buat lesen lagi sebelum masuk belaja. Lepas tu aku merungut bile nak habis belaja. Bile dah habis belaja, aku merungut takde kerja. Bile dah dapat kerja, aku merungut kerja tu tak best dan aku reject tawaran kerja tu. Lepas dah reject kerja, aku merungut kenapa aku reject kerja tu. Dan sekarang aku dapat kerja Marrybrown, aku merungut bile transkrip exam nak keluar aku nak mintak kerja yang sedap sikit.

Bile kau ade Diploma, dan kau dapat kerja kerja yang tak sedap macam tu, aku yakin dan pasti kau akan merungut. Baru aku faham kenapa budak budak Diploma dan Degree yang tak kerja tu merungut. Kerja aku kat MB tu macam kerja cleaner. Hari hari kena berdepan dengan customer ambik order hanta order, sapu lantai, mop lantai, basuh pinggan, cuci tingkap, orang tengok aku macam budak tak berpelajaran yang mase sekolah taknak belajar rajin rajin. Bile kena 'suruh suruh' dengan manager dengan budak budak dah lame keje kat situ macam terlalu mencabar sangat.

Kau faham tak perasaan ni?

Ke aku yang tak cool?

Doakan aku dapat kerja sedap sedap please. T_T

Tenkiu.

Bye.