Monday, September 3, 2012

Penganggur 2012.

Selamat hari raya hadirin dan hadirat sekali. Takpo, rayo sebulan.

Apo kobar kalian semuo? Rayo acamano? Ewah menjak dapat abang ipar orang nogori terus nak cakap nogori. Poyo sangat kau Amie. Oke baiklah.

Dah dekat seminggu dah diri ini menjadi penganggur, dan bermacam macam hal jugak yang perlu di setelkan di rumah semenjak tidak bekerja ni. Macam 3 hari lepas baru selesai majlis nikah kakak dan semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Kakak nampak tepung gomak sangat malam tu.


KAHKAHKAHAHKAHAK!

Setel majlis kakak, keesokkan nye sibuk bawak Pika and Acik jalan jalan JB. Mujur ade kawan kawan yang baik hati yang sanggup bawakkan jalankan. Hihihi. Lepas tu terpening terkepala termabuk terkereta hihihihik, balik terus tidur tanpa hiraukan bilik 'bujang' ini,


Memang bujang terlajak sangat bilik ni. Batuk kering melihatnya. Esok nye tak kemas lagi sebab sibuk menolong ibu di dapur. Ihik ihik. Rajin sangat anak ibu. Ihik ihik. *sebab kakak dengan abang ipor katenyer nak kemaghi, tapi malam baghu baliknyee. Sedih sangat kena tipu.

Makanya hari ni lah baru mengemaskan kebilikkan sampai kite umumkan sendiri kat Mak bilik nampak macam hotel bajet.





Jadilah dari takde ghuperr. Tinggal lah ber-empat diri ini di rumah bersama Ayahanda, Bonda dan Abang. Dan lepas ini adelah aktiviti mother-daughter di shopping shopping complex berdekatan mahupun kedai kedai runcit berdekatan tak lupe pasar tani.

Tamat sesi perihal penganggur, eh walaubagaimanapun diri ini mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kasut diri ini yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan tidak mensia siakan riwayat hidup beliau kerana telah menemani diri ini ke kelas, ke 3 buah konsert iaitu konsert Paramore, Mtv World Stage dan Avenged Sevenfold, dan menemani diri ini bekerja selama 2 bulan di Marrybrown. Tahiniah kepada diri beliau. Kalau beliau seorang kekasih, pasti diri ini taat setia kepada beliau. Muuahh sekali.


Bye babe. Beliau telah digantikan dengan kekasih baru.


Terima kasih diri ini kerana belanja diri sendiri kasut ini. *tepuk tepuk tepuk tepuk

Ihik ihik ihik.

Baiklah semoga kalian bergembira di luar sane ye. Yang sekolah selamat sekolah, yang ke kolej, selamat ke kelas, yang bakal sambung, selamat menyambung pelajaran, yang nak fly, selamat maju jaya jangan lupa lagu Negaraku ewaahh. Yang bekerja, selamat bekerja, dapat gaji belanja milo ais.

Kbye.