Friday, October 4, 2013

Anak makcik rock ke?

Ceritanya mase nak pergi lunch tadi terperasanlah yang wallet takde dalam beg sedari pagi. *amboi sangat ayat aku. Jadi call  lah Mak mintak cekidaut dalam kereta mane tau terjatuh kat tempat kaki tu. Malangnya tiada. Dengan hati gundah gulana mikirkan lesen kereta dan kad bank aku pun ikut je lah join member member ofis pegi lunch katenye nak open table.

Dalam perjalanan ade unknown number telefon, sejurus angkat, owner warung yang aku pergi beli kuih muih bersama Mak telefon mintak ambik wallet yang tercicir sedari pagi. Rupenye wallet tersebut dibiarkan terbuka dan diletakkan di atas meja untuk menderma kepada warga pelanggan warung. Baik sangat hati aku ni. Anyway terima kasih pakcik yang jujur telus dan ikhlas. Pakcik dapat nombor telefon sebab kat belakang kad Tesco ade letak nombor. Ok cool.

Disebabkan kekangan waktu untuk ke warung tersebut semula akibat kesesakan jalan raya dan pergi lunch kat bandor, maka terpaksa menyusahkan Mak untuk menolong diri ini mengambil wallet tersebut.

Nak dijadikan klimaks cerita, (takde la klimaks mane pon) budak laki penjaga warung yang merupakan anak kepada pakcik yang menelefon diri ini seorang yang boleh dikatakan tiada keramahan dalam etika jual beli. Senyum pon tak pandai apatah lagi berkata 'Hai selamat pagi'. Yang dea tau ambik duit, pulang duit baki 'terima kasih'. 

Nak dijadikan cerita sambungan kepada cerita diatas kengkonon fefeeling drama berangkai, berepisod sambungan macam cerita 'Diandra' (jangan risau aku tak tengok Diandra cuma tau tajuk) tu, masuk-masuk je kereta sejurus Mak datang pick up *amboii sangat*, Mak cerita, mase dea pergi ambik wallet tu, budak laki penjaga warung tu dah tersengih-sengih dah tunggu Mak datang. Mase si budak bagi wallet tu kat Mak, budak tu tanye Mak, anak makcik rock ke? 

Mak cakap dengar lagu je. Kenape?

Rupenye lepas dea selongkar segala isi dalam wallet aku, dea jumpe ni,


Tak ke hampeh kantoi dengan Mak pergi konsert? Nasib baik dapat Mak cool dan urban memahami jiwa anak. Kalau tak memang budak tu aku tangankan. 

Kesimpulannya, jangan cuai.

Goodnight lads and gents.


Sunday, September 22, 2013

This song win.

Dear Love,

Sometimes I hate every single stupid word you say
Sometimes I wanna slap you in your whole face
There's no one quite like you
You push all my buttons down
I know life would suck without you

At the same time, I wanna hug you
I wanna wrap my hands around your neck
You're an asshole but I love you
And you make me so mad I ask myself
Why I'm still here, or where could I go
You're the only love I've ever known
But I hate you, I really hate you,
So much, I think it must be

True love


Nothing else can break my heart like


True love


No one else can break my heart like you

Just once try to wrap your little brain around my feelings
Just once please try not to be so mean
Repeat after me now R-O-M-A-N-C-E
Come on I'll say it slowly, romance
You can do it baby

Why do you rub me up the wrong way?
Why do you say the things that you say?
Sometimes I wonder how we ever came to be
But without you I'm incomplete.

Thank you Pink.'TRUE LOVE'.

Saturday, July 6, 2013

Terbaru

Sape kate once kite dah dapat kerja tetap yang seronok life kite dah tak miserable dan dah boleh kumpul duit kahwin?

Saya dah melalui 2 fasa pekerjaan yang mungkin no luck kat situ.

Politik tempat kerja tu memang wujud sebenarnye. Bahkan saya diberhentikan kerja kerana itu. Orang lain takkan faham kenapa kita bekerja. Orang lain tak duduk tempat kita dan hati tak sama. Rambut semula jadi hitam pon kite boleh warnakan merah apatah lagi hati. Memang orang takkan faham sebab tu mereka boleh gulingkan kita sekelip mata. Pakaian, beg tangan, kasut mewah seseorang mungkin boleh mengaburi mata yang melihat, tapi adakah mereka tahu usaha kita untuk mendapatkan kemewahan itu?

Bagi yang belum bekerja, mungkin mereka tak faham. Bagi yang sudah bekerja dan merasai apa yang saya rasa mungkin lebih faham dan mungkin boleh share story dengan kita. Mungkin ada yang lebih teruk.

Orang boleh suruh kita sabar, orang boleh kata bukan rezeki kita, tapi yang merasainya, yang teraniaya ini?

Allah S.W.T itu ada.

Mungkin dugaan yang saya terima ini dari kealpaan, kepercayaan dan kelurusan saya sendiri. Adil atau tak, kita boleh nilai sendiri.

InsyaAllah ada yang lebih baik.

Chiodos feat Vic Fuentes - Love Is A Cat From Hell saya tujukan untuk majikan dan kawan yang menganiayai saya dan beberapa rakan saya lagi.

Terima kasih banyak sebab pandai bermuka puaka.

Friday, April 19, 2013

New job

Today was my second day at Olympia College Johor Bahru. The environment quite nice, the people always busy so if you want to get known by all the staff fast you have to be extra peramah and banyak cakap. The problem I'm facing here is I tak pandai networking and so I cried a lot before masuk keje semalam. Because I'm scared and ade shift pagi and petang. Kalau nak keje shift baik keje Guardian. Tu je yang ade dalam kepala semalam.

After briefing dengan supervisor, dea cube teynangkan diri ini macam jangan takut, kalau tak tau kite boleh same tolong-menolong and this and that so I pon teynang. Tapi masih sedih so malam lepas pulang call kekasih nangis-nangis so dea pon teynangkan I lagi macam takpe cube dulu ade orang lain shift 7 pagi sampai 7 malam and this and that so I pon teynang lagi.

But my second day quite rough sebab hati masih bukan di sini.

Oh anyway, I  dah berenti keje yang sebelum ni. Walaupun keje enjoy tapi terpaksa berenti atas sebab-sebab tertentu and I got a problem with my bos. So bos, tolong dengar Pierce The Veil-King For A day.

Kheri if you read this, I missed you sista. Kehkeh.

Got to go, training dekat front office T_T

Bye!

Thursday, April 11, 2013

Politician dan belalang di padang.

Sekarang memang trend update blog sebulan sekali. Nampak la macam busy dan lifeless. Ha'ah memang lifeless pon sekarang. Pagi bangun kerja sampai petang, lepas isya' bersiap sedia atas tilam dan mencipta mimpi ape nak dimimpikan malam tu, macam sambil baring sambil pikir oke japgi aku nak mimpi jadi orang kaya dan beli Mustang Convertible pastu benti rumah Jake Gyllenhaal bawak dea pegi makan sate. Tapi end up mimpi berduet lagu Shae-Sayang dengan Bobo omel. K.

Jake Gyllenhaal

Lepas tengok blog salah sorang pembuli ketua kelas yang tersebar semalam bersama Khairi, ade sesuatu yang menggeletek hatiku, dan ofkos sebab ayat jiwang dan gambar romantis beliau bersama pasangan kekasihnye buat ketika ini. Mungkin 2 tahun lagi akan putus dan post status kat Facebook aku menyesal kenal kau dan harap kau pegi jahanam. Amboih. Macam tak padan sangat keganasan beliau di dalam video berserta ayat jiwang tersebut. Tapi tak mengapa. Bukan tu point entry ni. Saje selitkan.

Ade suatu ketika, aku terfikir, kenapa ade sesetengah di antara kita kurang peka dengan perasaan orang sekeliling beliau. Macam contoh, kau bercinta dengan Kasim, bekas kekasih kau Rahmat. Bile bergaduh dengan Kasim kau nak membanding bezakan antara Kasim dengan Rahmat.

 'I tak suke la U habiskan makanan I, U tau kalau dengan Rahmat dulu, I yang selalu habiskan makanan Rahmat. Tak boleh ke U jadi macam Rahmat!?' 

Amboih marah sangat. Oke point is, Kasim mungkin akan terkesima bukan sebab kau marah dea habiskan makanan, tapi terkesima sebab kenape nak kena pertikaikan dea dengan Rahmat? Kalau Rahmat tu budiman sangat kau takdelah putus dengan dea. So please, kadang-kadang aku tak boleh expect Meor jadi macam Jake Gyllenhaal, dan aku jua tidak mahu Meor jadi sebijik macam Jake Gyllenhaal dalam cite Brokeback Mountain, pergh nangis babe.

Tak semua orang sama perangai sama etika dan sama budibahasa, belalang pon kat padang lain-lain jenis dan bunyik, apetah lagi manusia. Kalau dah putus dah, tak perlu buruk-burukkan satu sama lain dan buat karangan panjang berjela kat status Facebook, nampak kurang cerdik sangat. Especially musim-musim nak pilihanraya ni. Banyak sangat cacian dan makian untuk pihak lawan. Berpolitik lah dengan bijak bistari, walaupun aku tidak berkempen dan belum daftar mengundi, hikhik, tapi tidak lah aku buat kepala tahu. Dah tak mendaftar tu, tak payah la sibuk sibuk bercakap pasal politik. 

Tadi cakap pasal Kasim dengan Rahmat, tibe-tibe masuk politik. Tajuk entry pon nak tarik pembaca ke ape tu. Eh laa Amie ni. 

Kbye. Chill ebelibadi.

Monday, March 11, 2013

Kenape harus tonton Yistanbul Haku Datang

Maaf andai diri ini so lame sebab dah lama gile cite tu kua tapi baru semalam tengok. Sebab ingatkan cite tu same macam cite cite Melayu cinta yang lain yang mak bapak kaya tak benarkan anak berkahwin dengan si miskin yang rupenye si miskin ade darah daging dengan pemilik syarikat besar last last si miskin beribu kali ganda lagi kaya dari pasangan dea. Eh jap tu cite Indon. Oke *krik krik kriiiiik

Anyway kenape harus nye tengok cite Yistanbul Haku Datang ni? Oke,

1. Sebab kucing - kucing dalam cite tu omeeeiii gillaaaaaaa.
2. Beg Guess yang Lisa Surihani pakai lawa.
3. Kasut kuning Lisa thumbs up.
4. Vespa baru Beto pakai ialah idamankuhhh.

Sory Tomok takde dalam list walaupun lakonan Tomok tak kurang hebatnye. Ewah.

Anyway abaikan lah sebab sebab kat atas tadi sebab memang mintak kaki.

Kenape cite tu best? Tengok director. Patutlah, director yang same untuk Gol dan Gincu dengan Pisau Cukur. Lagi sebab musik yang digunakan. Satu sebab movie melayu best, dari lagu dea. Kena tak dengan jalan cerita, sampai aku kena search google, eh lagu ape ni dapnye, download.

Lagi, cerita dea takde adegan kriikk kriiikk kriiikk macam lagu sampai 10 jam untuk adegan termenung dekat tingkap, tak ke boring macam tu. Macam cerita paling boring penah aku tengok tahun lepas jatuh kepada cerita Aku Terima Nikahnye. Pergh tengok sambil nangis cite tu tahap kebosanannye. Nasib ade Adi Putra.

Lepas tu banyak lagi sebab yang kalian kena tengok sendiri. Tengok tau! Oke bye.