Saturday, July 6, 2013

Terbaru

Sape kate once kite dah dapat kerja tetap yang seronok life kite dah tak miserable dan dah boleh kumpul duit kahwin?

Saya dah melalui 2 fasa pekerjaan yang mungkin no luck kat situ.

Politik tempat kerja tu memang wujud sebenarnye. Bahkan saya diberhentikan kerja kerana itu. Orang lain takkan faham kenapa kita bekerja. Orang lain tak duduk tempat kita dan hati tak sama. Rambut semula jadi hitam pon kite boleh warnakan merah apatah lagi hati. Memang orang takkan faham sebab tu mereka boleh gulingkan kita sekelip mata. Pakaian, beg tangan, kasut mewah seseorang mungkin boleh mengaburi mata yang melihat, tapi adakah mereka tahu usaha kita untuk mendapatkan kemewahan itu?

Bagi yang belum bekerja, mungkin mereka tak faham. Bagi yang sudah bekerja dan merasai apa yang saya rasa mungkin lebih faham dan mungkin boleh share story dengan kita. Mungkin ada yang lebih teruk.

Orang boleh suruh kita sabar, orang boleh kata bukan rezeki kita, tapi yang merasainya, yang teraniaya ini?

Allah S.W.T itu ada.

Mungkin dugaan yang saya terima ini dari kealpaan, kepercayaan dan kelurusan saya sendiri. Adil atau tak, kita boleh nilai sendiri.

InsyaAllah ada yang lebih baik.

Chiodos feat Vic Fuentes - Love Is A Cat From Hell saya tujukan untuk majikan dan kawan yang menganiayai saya dan beberapa rakan saya lagi.

Terima kasih banyak sebab pandai bermuka puaka.

No comments:

Post a Comment