Friday, October 4, 2013

Anak makcik rock ke?

Ceritanya mase nak pergi lunch tadi terperasanlah yang wallet takde dalam beg sedari pagi. *amboi sangat ayat aku. Jadi call  lah Mak mintak cekidaut dalam kereta mane tau terjatuh kat tempat kaki tu. Malangnya tiada. Dengan hati gundah gulana mikirkan lesen kereta dan kad bank aku pun ikut je lah join member member ofis pegi lunch katenye nak open table.

Dalam perjalanan ade unknown number telefon, sejurus angkat, owner warung yang aku pergi beli kuih muih bersama Mak telefon mintak ambik wallet yang tercicir sedari pagi. Rupenye wallet tersebut dibiarkan terbuka dan diletakkan di atas meja untuk menderma kepada warga pelanggan warung. Baik sangat hati aku ni. Anyway terima kasih pakcik yang jujur telus dan ikhlas. Pakcik dapat nombor telefon sebab kat belakang kad Tesco ade letak nombor. Ok cool.

Disebabkan kekangan waktu untuk ke warung tersebut semula akibat kesesakan jalan raya dan pergi lunch kat bandor, maka terpaksa menyusahkan Mak untuk menolong diri ini mengambil wallet tersebut.

Nak dijadikan klimaks cerita, (takde la klimaks mane pon) budak laki penjaga warung yang merupakan anak kepada pakcik yang menelefon diri ini seorang yang boleh dikatakan tiada keramahan dalam etika jual beli. Senyum pon tak pandai apatah lagi berkata 'Hai selamat pagi'. Yang dea tau ambik duit, pulang duit baki 'terima kasih'. 

Nak dijadikan cerita sambungan kepada cerita diatas kengkonon fefeeling drama berangkai, berepisod sambungan macam cerita 'Diandra' (jangan risau aku tak tengok Diandra cuma tau tajuk) tu, masuk-masuk je kereta sejurus Mak datang pick up *amboii sangat*, Mak cerita, mase dea pergi ambik wallet tu, budak laki penjaga warung tu dah tersengih-sengih dah tunggu Mak datang. Mase si budak bagi wallet tu kat Mak, budak tu tanye Mak, anak makcik rock ke? 

Mak cakap dengar lagu je. Kenape?

Rupenye lepas dea selongkar segala isi dalam wallet aku, dea jumpe ni,


Tak ke hampeh kantoi dengan Mak pergi konsert? Nasib baik dapat Mak cool dan urban memahami jiwa anak. Kalau tak memang budak tu aku tangankan. 

Kesimpulannya, jangan cuai.

Goodnight lads and gents.