Thursday, April 11, 2013

Politician dan belalang di padang.

Sekarang memang trend update blog sebulan sekali. Nampak la macam busy dan lifeless. Ha'ah memang lifeless pon sekarang. Pagi bangun kerja sampai petang, lepas isya' bersiap sedia atas tilam dan mencipta mimpi ape nak dimimpikan malam tu, macam sambil baring sambil pikir oke japgi aku nak mimpi jadi orang kaya dan beli Mustang Convertible pastu benti rumah Jake Gyllenhaal bawak dea pegi makan sate. Tapi end up mimpi berduet lagu Shae-Sayang dengan Bobo omel. K.

Jake Gyllenhaal

Lepas tengok blog salah sorang pembuli ketua kelas yang tersebar semalam bersama Khairi, ade sesuatu yang menggeletek hatiku, dan ofkos sebab ayat jiwang dan gambar romantis beliau bersama pasangan kekasihnye buat ketika ini. Mungkin 2 tahun lagi akan putus dan post status kat Facebook aku menyesal kenal kau dan harap kau pegi jahanam. Amboih. Macam tak padan sangat keganasan beliau di dalam video berserta ayat jiwang tersebut. Tapi tak mengapa. Bukan tu point entry ni. Saje selitkan.

Ade suatu ketika, aku terfikir, kenapa ade sesetengah di antara kita kurang peka dengan perasaan orang sekeliling beliau. Macam contoh, kau bercinta dengan Kasim, bekas kekasih kau Rahmat. Bile bergaduh dengan Kasim kau nak membanding bezakan antara Kasim dengan Rahmat.

 'I tak suke la U habiskan makanan I, U tau kalau dengan Rahmat dulu, I yang selalu habiskan makanan Rahmat. Tak boleh ke U jadi macam Rahmat!?' 

Amboih marah sangat. Oke point is, Kasim mungkin akan terkesima bukan sebab kau marah dea habiskan makanan, tapi terkesima sebab kenape nak kena pertikaikan dea dengan Rahmat? Kalau Rahmat tu budiman sangat kau takdelah putus dengan dea. So please, kadang-kadang aku tak boleh expect Meor jadi macam Jake Gyllenhaal, dan aku jua tidak mahu Meor jadi sebijik macam Jake Gyllenhaal dalam cite Brokeback Mountain, pergh nangis babe.

Tak semua orang sama perangai sama etika dan sama budibahasa, belalang pon kat padang lain-lain jenis dan bunyik, apetah lagi manusia. Kalau dah putus dah, tak perlu buruk-burukkan satu sama lain dan buat karangan panjang berjela kat status Facebook, nampak kurang cerdik sangat. Especially musim-musim nak pilihanraya ni. Banyak sangat cacian dan makian untuk pihak lawan. Berpolitik lah dengan bijak bistari, walaupun aku tidak berkempen dan belum daftar mengundi, hikhik, tapi tidak lah aku buat kepala tahu. Dah tak mendaftar tu, tak payah la sibuk sibuk bercakap pasal politik. 

Tadi cakap pasal Kasim dengan Rahmat, tibe-tibe masuk politik. Tajuk entry pon nak tarik pembaca ke ape tu. Eh laa Amie ni. 

Kbye. Chill ebelibadi.